DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Mencemar Duli Sertai Golf Amal NCWO


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 21 Mac 2017 – Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Pertandingan Golf Amal The National Council of Women’s Organisations’ (NCWO) yang diadakan di Kelab Golf Danau baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai kira-kira 25 peserta itu turut dihadiri oleh mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan pelawak terkenal tanah air, Harith Iskandar.

Tempat ketiga telah dimenangi oleh Amir Beno dengan 38 skor, tempat kedua dimenangi oleh Nur Musfirah dengan 39 skor, manakala johan adalah Abd Wahab Hashim, juga dengan 39 skor.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh DYMM Tuanku Aishah Rohani.