Canselor UKM terima Anugerah Kehormat dari RCSEd

Untitled-1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 21 Mei 2016 – Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah diberi anugerah Felo Kehormat dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd), anugerah tertinggi kolej tersebut.

Beliau, yang juga merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, telah menerima anugerah tersebut daripada Presiden RCSEd Michael Lavelle-Jones, yang juga adalah pemeriksa pelawat di Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan UKM.

Menurut laman sesawang RCSEd, Lavelle-Jones berkata kolej itu memilih untuk menyampaikan anugerah kepada Tuanku Muhriz kerana usahanya bagi mengumpul derma untuk membiayai projek-projek penjagaan kesihatan.

Lavelle-Jones berkata Tuanku Muhriz juga telah menerajui projek terkemuka untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan yang diumpamakan sebagai ‘Teknopolis Perubatan’ di sekitar UKM.

RCSEd merupakan salah satu kolej pembedahan tertua di dunia.ukmnewsportal-bm