Malaysia Alami Krisis Ekonomi Paling Teruk


Oleh Asmahanim Amir
Foto oleh Pusat Idea UKM

BANGI, 16 Oktober 2020 – Apa yang berlaku pada ekonomi Malaysia sekarang ini adalah keadaan yang terburuk jika dibandingkan dengan krisis ekonomi yang melanda negara pada pertengahan tahun 1980-an, awal tahun 1990-an, tahun 1997, tahun 2001 dan 2008, kata Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau berkata, semasa dunia dilanda virus SARS pada tahun 2003, keadaan ekonomi dunia tidak seteruk apa yang berlaku hari ini.

“Semasa kita mengalami krisis ekonomi mata wang, negara-negara yang terjejas adalah negara-negara seperti kita, manakala negara-negara barat di Eropah tidak terjejas. Mereka (negara maju) boleh terus melabur pada ketika itu.

“Oleh itu, tolong ambil serius perkara ini kerana ia (krisis ekonomi) bagaikan tsunami bagi saya. Ini adalah satu sejarah dalam ekonomi dunia, dan pastinya akan merubah banyak benda dalam konteks ekonomi, masyarakat, sains dan teknologi, institusi dan macam-macam lagi,” katanya.

Prof Tan Sri Dr Noor Azlan yang merupakan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menyuarakan bahawa mungkin masih ramai lagi yang ragu-ragu adakah perubahan ini betul-betul berlaku?

“Jawapannya adalah yaa… If you refuse, you would be obsolete. Kalau kita tak bersedia, menolak dan insist dengan mengatakanj ini hanya sementara, trust me banyak benda yang akan menjadi lapuk dan irrelevant.

“Krisis ini amat mendalam, luas tersebar dan lama. The latest data yang saya tengok dalam tourism industries, we are way back sampai macam tahun 1985, dan nak recover semula sekurang-kurangnya lima tahun baru boleh capai seperti tahun lepas,” jelasnya.

Mengulas tentang keadaan ekonomi selepas pasca COVID, beliau berkata pemulihan tanpa pembaharuan adalah sia-sia.

“Kalua kita (ekonomi) pulih dan kembali kepada seperti sebelum merebaknya COVID, bererti kita telah mengalami kerugian yang amat besar.

“Bukan hanya itu, jika anda tidak melakukan pembaharuan, jika anda tidak memikirkan kembali jalan ke hadapan, landskap baharu ini tidak menjadi satu kebiasaan bagi kita,” ujarnya.

Ujar Prof Tan Sri Dr Noor Azlan, pandemik yang melanda dunia hari ini bukan sahaja melibatkan nyawa manusia malah turut mengancam ekonomi global.

Is not only health, but economy site akan menimbulkan banyak kesan, dan satu daripadanya adalah the new mind-set yang appear ialah vulnerability.

“Bila masyarakat memikirkan sejauh mana kita mungkin terjejas, (sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai majikan, sebagai negara, sebagai pelabur), semua orang berfikir to what extent dia akan terjejas.

“Bila ada concern tentang vulnerability ni, maka diperingkat negara dia mula berfikir tentang should I focus on daya tahan saya atau pada kecekapan ekonomi?.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Bicara Penyelidikan: Landskap dan Cabaran Global Baharu Pasca COVID-19, baru-baru ini. Turut menjadi ahli panel ialah Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA-UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, manakala Prof Madya Dr Mohd Azlan Shah Zaidi sebagai moderator.