Pengarah PKW dan Pengarah IKMAS dilantik Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita Sesi 2018-2020


Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 25 Jan 2018 – Pengarah Pusat Kepimpnan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak dan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Dato’ Dr Rashila Ramli dilantik sebagai Ahli MAjlis Penasihat dan Perundingan Wanita sesi 2018-2010.

Lantikan itu dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Pelantikan tersebut selama 3 tahun adalah bermula dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.

Dalam surat lantikan tersebut, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berharap, pelantikan tersebut dapat melaksanakan agenda pemerkasaan wanita dengan cemerlang demi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Beliau percaya komitmen dan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi dan kementerian dapat dilaksanakan dan diteruskan dengan amanah dan berkesan.