UKM Mahu Terus Bekerjasama dengan Industri dalam Semua Platform


Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 30 Jan 2018 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahu meneruskan kerjasama yang kukuh dengan pihak industri dalam semua platform bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di universiti ini.

Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, universiti dan industri perlu bersama dalam mengharungi kegemilangan pendidikan Negara.

“Kami sentiasa terbuka.  Kami mahu bekerjasama dengan industri bagi sebarang plaform”,  Silalah datang ke fakulti kami dan berjumpa dengan pelajar-pelajar kami. Mari kita bekerja bersama dan mengambil tanggungjawab dalam menghasilkan bakat yang hebat,” katanya dalam Majlis Makan Tengahari Bersama Industri, semalam.

Beliau menjelaskan, UKM berbangga dengan kerjasama yang telah terjalin dengan pihak industri dan sentiasa mengalu-alukan pihak industri datang ke kampus.

“Mari bekerjasama bersama dalam semua aktiviti korikulum dan mengadakan hubunagn dengan pelajar kami asalkan kita bersama itu sudah cukup memuaskan, tambah beliau.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier UKM (UKM-Karier) itu adalah julung kali diadakan bagi meraikan pihak industri yang bekerjasama dan sentiasa memberi sokongan kepada UKM dalam meningkatkan mutu pendidikan tinggi.

Seramai 50 wakil dari 30 syarikat telah hadir ke majlis tersebut. Antaranya ialah UEM, Mitsubishi dan TalentCorp Malaysia.