{"id":1628,"date":"2014-12-17T02:25:15","date_gmt":"2014-12-17T02:25:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=1628"},"modified":"2015-04-10T02:25:58","modified_gmt":"2015-04-10T02:25:58","slug":"ukm-sebagai-jambatan-antara-sekolah-dengan-universiti","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/disember-2014\/ukm-sebagai-jambatan-antara-sekolah-dengan-universiti\/","title":{"rendered":"UKM Sebagai Jambatan Antara Sekolah Dengan Universiti"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Fyear-2014%2Fdisember-2014%2Fukm-sebagai-jambatan-antara-sekolah-dengan-universiti%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=1628&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\"><span class=\"createdate\">RABU, 17 DISEMBER 2014 14:27<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\">\n<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/DatoDrShamsul001.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM)<br \/>\nFoto Ikhwan Hashim<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">BANGI, 9 Disember 2014 \u2013 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pendaulat Amanah Negara perlu mengambil inisiatif bertindak untuk membina jambatan antara sekolah dengan universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga harus berusaha memasyarakatkan dalam Sistem Pendidikan negara. Demikian kata Prof Ulung Dato\u2019 Dr Shamsul Amri Baharuddin ketika berucap pada program Bicara Persada<em>, UKM Pendaulat Amanah Negara: Suatu Tafsiran<\/em> di sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau berkata usaha perlu dilakukan untuk membina kembali citra UKM melalui projek UKM BERCERITA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain memasyarakatkan UKM, beliau turut menyarankan pelajar dan tenaga akademik UKM perlu disedar serta diingatkan kembali mengenai sejarah, perkembangan, pencapaian serta prestasi yang ditempuhi UKM sejak penubuhannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Shamsul Amri turut mengimbas kembali mengenai perubahan di mana universiti terkenal yang menjadi pusat penyelidikan boleh tenggelam jika usaha untuk menjadikan universiti sebagai \u2018universiti kebangsaan\u2019 tidak diberi penekanan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau mendakwa keadaan demikian telah berlaku kepada UKM di mana status sebagai universiti penyelidikan telah menenggelamkannya. Oleh itu sebagai sebuah universiti yang berteraskan penyelidikan ia harus berpayungkan \u2018universiti kebangsaan.\u2019<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) berkata UKM mempunyai keistimewaannya tersendiri jika dibandingkan dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain kerana ia merupakan satu-satunya universiti\u00a0 \u2018Kebangsaan\u2019 di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga menerangkan bahawa UKM sebagai satu-satunya universiti yang berstatus \u2018Kebangsaan\u2019 di negara ini perlu didaulatkan. UKM adalah sebuah institusi yang terbuka kepada semua warganegara dari segala kaum selagi menepati syarat yang ditetapkan oleh universiti itu sendiri, tambahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cUniversiti Kebangsaan diertikan sebagai universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Segala penyelidikan dan kursus dibuat adalah lebih kepada kerja lapangan secara langsung\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">UKM telah mencapai kejayaan dari segi keterbukaan kepada pelajar. Ini terbukti dengan bukan sahaja rakyat Malaysia yang berjaya masuk ke UKM, tetapi pelajar dari pelbagai negara seperti Amerika Latin, negara-negara Timur dan Barat serta lainnya telah menjadi sebahagian daripada penuntut UKM, malah ada yang sudah pun menjadi alumni UKM,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejak dahulu lagi, sesebuah universiti dianggap sebagai satu tempat hebat yang menjadi rebutan orang ramai untuk belajar. Malahan universiti juga dianggap sebagai sebuah institusi yang mempunyai kesarjanaan yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAkan tetapi, sekarang universiti sudah berubah daripada \u2018menara gading\u2019 kepada suatu entreport\u201d, tambah beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara yang hadir pada program bicara itu ialah Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Timbalan-Timbalan Naib Canselor Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof Dr Imran Ho Abdullah (Jaringan Industri &amp; Masyarakat).<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/DatoDrShamsul002.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/DatoDrShamsul003.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RABU, 17 DISEMBER 2014 14:27 Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM) Foto Ikhwan Hashim BANGI, 9 Disember 2014 \u2013 Universiti<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/disember-2014\/ukm-sebagai-jambatan-antara-sekolah-dengan-universiti\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1625,"parent":1165,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-1628","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1628","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1628"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1628\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1630,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1628\/revisions\/1630"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1165"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1628"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}