{"id":1751,"date":"2014-11-30T03:42:04","date_gmt":"2014-11-30T03:42:04","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=1751"},"modified":"2015-04-10T03:42:57","modified_gmt":"2015-04-10T03:42:57","slug":"pantun-melayu-telah-ubah-peranan-tetapi-semakin-popular","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/november-2014\/pantun-melayu-telah-ubah-peranan-tetapi-semakin-popular\/","title":{"rendered":"Pantun Melayu Telah Ubah Peranan Tetapi Semakin Popular"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Fyear-2014%2Fnovember-2014%2Fpantun-melayu-telah-ubah-peranan-tetapi-semakin-popular%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=1751&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\"><span class=\"createdate\">AHAD, 30 NOVEMBER 2014 16:41<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\">\n<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/Pantun1.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Saiful Bahri Kamaruddin<br \/>\nFoto Shahiddan Saidi<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">BANGI, 27 November 2014 \u2013 Pantun Melayu semakin popular hingga digunakan dalam bidang yang asalnya bukan menjadi tujuan ia dicipta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Ding Choo Ming berkata malahan teknologi digital terkini menggunakan pantun dalam banyak bidang seperti kempen politik, penyebaran maklumat dan bidang komersil seperti iklan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau yang menyampaikan wacana bertajuk <em>Penghijrahan Orang dan Penyebaran Pantun di Kepulauan Melayu<\/em>, di sini hari ini berkata peranan pantun sekarang amat berlainan sekali daripada tujuan asalnya iaitu untuk meluahkan perasaan duka nestapa, riang gembira, kasih sayang dan dendam berahi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimanapun suasana penduduk di Nusantara yang semakin celik huruf dan pintar komputer telah mengubah peranan pantun yang dahulunya dicipta untuk memaparkan perasaan kepada suatu kaedah di mana ia menjadi bahan yang diperdagangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBerikutan hilangnya budaya lisan, semakin banyak pantun kini terdapat dalam bentuk bertulis, cetakan malahan digital. Ini membuatkan versi pantun bertulis mempengaruhi versi pantun lisan yang lebih bayak dihafal sebelumnya. Maka kesinambungannya pada masa kini semakin kuat bergantung kepada penulisan dan percetakan,\u201d kata Prof Ding.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau percaya kedudukan pantun sekarang lebih penting daripada <em>Gurindam<\/em>, <em>Syair<\/em> dan <em>Seloka<\/em> yang telah muncul lebih lewat dari segi kronologi dalam sejarah tamadun Melayu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Puisi yang disebut pantun orang Melayu di sebar ke Brunei, Indonesia, Pattani, Riau, Singapura dan Selatan Filipina selain Malaysia. Di Jawa ia dipanggil<em> Parikan<\/em>, di Sunda dan lain-lain tempat \u2013 <em>Sesindiran<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Ding berkata pantun tersebar luas di Alam Melayu dengan dikelilingi variasi pantun yang berkongsi strukturnya yang sama: ada pembayangnya dan maksud, selain ada rima a-b-a-b di suku akhir baris 1 dan 3, 2 dan 4.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Demikian juga fungsinya untuk menghiburkan, pendidikan, perayaan dan melamar serta meminang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penghijrahan orang berumpun Melayu telah membuat pantun dan variasinya tersebar dari satu tempat ke tempat lain sekali gus menjadikannya seni Melayu yang amat kaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau percaya di banyak tempat di Alam Melayu ada pantun dan variasinya. Ia adalah sebahagian daripada sastera lisan yang diperturun dan disebarkan secara lisan pada mulanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka pantun boleh dijumpai dalam <em>Cerita Rakyat, Cerita Jenaka, Penglipur Lara, <\/em>selain karya bertulis <em>Hikayat Hang Tuah<\/em>dan <em>Sejarah Melayu<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau memberi satu contoh Pantun Klasik 4 kerat yang dikarangnya:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sakit kaki ditikam jeruju<br \/>\nJeruju ada di dalam paya<br \/>\nSakit hati memandang susu<br \/>\nSusu ada di dalam kebaya<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Ding berkata walaupun belum diketahui sumber asal pantun dari segi sejarah atau geografi, \u201ckita tertarik bukan sahaja dari jumlahnya yang besar, tetapi juga dengan penyebarannya di seluruh Alam Melayu yang sudah terbahagi kepada Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan lain-lain berikutan campur tangan politik penjajah Eropah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Ding Yang sudah berkhidmat di UKM sejak tahun 1972 adalah di antara pengasas portal ATMA www.malaycivilization.ukm.my pada tahun 2002.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cogan kata hidup beliau adalah \u201cnothing comes from nothing\u201d dan \u201chave confidence in confidence\u201d daripada filem <em>The Sound Of Music<\/em>.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/Pantun2.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AHAD, 30 NOVEMBER 2014 16:41 Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Shahiddan Saidi BANGI, 27 November 2014 \u2013 Pantun Melayu semakin<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/november-2014\/pantun-melayu-telah-ubah-peranan-tetapi-semakin-popular\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1748,"parent":1159,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-1751","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1751","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1751"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1751\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1753,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1751\/revisions\/1753"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1748"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1751"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}