{"id":2057,"date":"2014-11-02T03:23:16","date_gmt":"2014-11-02T03:23:16","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=2057"},"modified":"2015-04-13T03:24:16","modified_gmt":"2015-04-13T03:24:16","slug":"kejayaan-tercapai-bukan-dengan-kerja-keras-sahaja","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/november-2014\/kejayaan-tercapai-bukan-dengan-kerja-keras-sahaja\/","title":{"rendered":"Kejayaan Tercapai Bukan Dengan Kerja Keras Sahaja"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Fyear-2014%2Fnovember-2014%2Fkejayaan-tercapai-bukan-dengan-kerja-keras-sahaja%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=2057&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\"><span class=\"createdate\">AHAD, 02 NOVEMBER 2014 00:00<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\">\n<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/Surendra1.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Shahfizal Musa<br \/>\nFoto Pusat Komunikasi Korporat<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">BANGI, 1 November 2014 &#8211; Penerima Anugerah Pelajaran Diraja yang kedua di konvokesyen ke-42 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini, Surendra Ananth Anadaraju menyandarkan kejayaannya kepada matlamat yang jelas dan bekerja secara bijak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelajar dari Fakulti Undang-Undang ini berkata bekerja secara bijak yang dimaksudkan adalah mengambil tahu apa sebenarnya dikehendaki oleh pensyarah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cTidak guna kita menghantar jawapan yang berjela-jela panjang sekiranya apa yang dikehendaki oleh pensyarah adalah jawapan yang ringkas dan padat,\u201d kata Surendra.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bekerja dengan bijak tidak memerlukan belajar sepanjang masa. Ini membolehkan pelajar mempunyai masa yang lapang untuk membuat perkara lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Surendra telah menggunakan masa lapangnya secara bijak. Beliau melibatkan diri dalam mahkamah Moot sehingga menjadi presiden kelab Mahkamah UKM. Beliau juga mewakili Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (ALSA) ke Persidangan Pelajar Undang-undang Eropah sebagai presiden.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anak sulung dari tiga orang adik beradik ini bukanlah seorang yang sentiasa tahu apa matlamatnya. Pada mulanya beliau menghadapi masalah untuk mengikuti kursus undang-undang. Setelah mengatasi masalah tersebut beliau dapat melihat matlamatnya dengan jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau ingin menjadi seorang peguam hak asasi manusia dan berbakti di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Surendra ingin bekerja di luar negara, tetapi akan kembali ke Malaysia untuk berkhidmat kepada negara selain berhasrat untuk bekerja di Bangsa-Bangsa Bersatu menangani isu hak asasi manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu bapanya telah memberi kebebasan kepadanya untuk memilih kerjayanya sendiri tanpa desakan dan ini juga telah mendorongnya mencapai kejayaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga berpendapat seseorang pelajar perlu tahu apa yang hendak dilakukan selepas belajar dan ini akan menjadikan matlamatnya lebih jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Surendra mengakui terdapat mereka yang belajar undang-undang dengan niat yang murni tetapi bertukar hasrat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun pertama mereka masuk dengan sifat idealis dan belajar undang-undang untuk menegakkan kebenaran. Bagaimana pun hasrat itu kemudian dikaburi dengan kepentingan diri hingga memilih subjek yang difikirkan akan menguntungkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi bagi Surendra niatnya tetap sama semasa mula belajar undang-undang. Malah beliau tidak risau untuk mencari rezeki dan mahu menceburi kepada kerja-kerja amal dan kesukarelawan untuk membantu orang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginya kompromi perlu dilakukan untuk merealisasikan niat murni membantu orang lain dan harus mempunyai kestabilan kewangan sebelum boleh melakukan kerja amal dengan sempurna.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kadang kala kita perlu membuat perkara yang kita kurang minat untuk membiayai perkara yang kita suka lakukan, tambahnya.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/Surendra2.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus2014\/Surendra3.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AHAD, 02 NOVEMBER 2014 00:00 Oleh Shahfizal Musa Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 1 November 2014 &#8211; Penerima Anugerah Pelajaran<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/year-2014\/november-2014\/kejayaan-tercapai-bukan-dengan-kerja-keras-sahaja\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2052,"parent":1159,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-2057","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2057","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2057"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2057\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2062,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2057\/revisions\/2062"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2052"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2057"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}