{"id":4442,"date":"2010-12-23T00:00:27","date_gmt":"2010-12-23T00:00:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=4442"},"modified":"2015-04-28T05:01:57","modified_gmt":"2015-04-28T05:01:57","slug":"ukm-tubuhkan-pusat-pengajian-siswazah-di-yaman","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/disember-2010\/ukm-tubuhkan-pusat-pengajian-siswazah-di-yaman\/","title":{"rendered":"UKM Tubuhkan Pusat Pengajian Siswazah di Yaman"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fdisember-2010%2Fukm-tubuhkan-pusat-pengajian-siswazah-di-yaman%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=4442&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\">Khamis, 23 Disember 2010 18:18<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><img decoding=\"async\" class=\"border alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/stdt%20arab.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\n<\/strong><br \/>\nBANGI, 23 Dis, 2010 \u2013 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merancang menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Siswazah di Yaman bersama dengan Universiti Sains dan Teknologi Yaman \u2013 kali pertama UKM menjalankan program pendidikan 100 peratus di luar negara.<\/p>\n<p>Ini adalah berikutan kejayaan program sulung pascasiswazah bidang perubatan masyarakat membabitkan 12 profesional anak watan Yaman yang menerima ijazah\u00a0sarjana mereka, lewat bulan lalu, kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Ir Hasan Basri.<\/p>\n<p>\u201cKita bermula dengan perubatan dan bercadang meluaskan program ke bidang Makanan dan Pemakanan, Pentadbiran Perniagaan, Sains Komputer, Teknologi dan Sistem Pembuatan di Fakulti Perubatan dan kemudian kelak hingga ke peringkat PhD.<\/p>\n<p>Dalam satu temu ramah dengan Portal Berita UKM, Prof Hasan berkata perincian mengenai program itu dari segi perundangan dan kewangan sedang dirundingkan dan sudah sampai ke peringkat akhir. Ia akan diserah kepada pihak Pengurusan Tertinggi UKM dan mungkin Kementerian Pengajian Tinggi.<\/p>\n<p>\u201cYaman telah memilih UKM setelah melihat Malaysia berjaya mewujudkan satu sistem pendidikan tinggi yang diterima di pesada dunia.<\/p>\n<p>\u201cIni terbukti daripada rangking yang diterima oleh UKM. Walaupun kita tidak berada dalam lingkungan 100 universiti teratas namun UKM tetap berada pada kedudukan antara 300 teratas di dunia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Prof Hasan berkata bahawa semua program penting yang dikendalikan UKM seperti kejuruteraan telah diberi akreditasi di bawah Perjanjian Washington Accord.<\/p>\n<p>Ini membolehkan ijazah sarjana muda kejuruteraan UKM diiktiraf di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia dan banyak lagi negara membangun.<\/p>\n<p>\u201cPihak Yaman melihat ini sebagai pertanda betapa program dikendalikan oleh UKM telah diterima di peringkat dunia.\u201d Persaingan dari negara maju bagi program sedemikian tidak ada kerana mereka tidak berminat melabur di negara membangun seperti Yaman.<\/p>\n<p>Semua program pengajian diajar dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa kerja antarabangsa dan ini adalah satu tarikan kepada mereka.<\/p>\n<p>Apabila mendapat kelulusan diperlukan, program itu bakal dimulakan dengan pengambilan bagi kursus pengajian\u00a0peringkat sarjana Pemakanan mungkin pada pertengahan tahun depan atau setidaknya\u00a0 pada September\u00a0 sebagaimana\u00a0 amalan bagi permulaan pengajian di peringkat antarabangsa.\u00a0 Ini akan diikuti dengan pengajian bagi\u00a0 Sarjana Pentadbiran Perniagaan pula.<\/p>\n<p>Pengajian dijangka berlangsung selama dua tahun untuk 20 orang pelajar bagi satu kelas.<\/p>\n<p>Beliau menjangka mendapat sambutan baik terhadap semua program kerana\u00a0Yaman kekurangan universiti yang menawarkan program sarjana dan PhD. Mereka kini hanya mula melahirkan graduan di peringkat sarjana muda yang sedang belajar di luar negara.<\/p>\n<p>Datuk Hasan berkata jalinan kerjasama dengan negara membangun seperti Yaman adalah dalam rangka semangat untuk membantu sesama negara Islam membangunkan ummah.<\/p>\n<p>\u201cDi samping itu pensyarah kita juga berpeluang melakukan ibadat haji dan umrah ketika berkhidmat di Yaman kerana jarak dekat dengan tanah suci,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Segala keperluan dan kemudahan diperlukan oleh pensyarah UKM yang berkhidmat di Yaman akan diberi perhatian sewajarnya terutama di segi pemberian elauns, kata Prof Hasan.<\/p>\n<p>UKM pernah menjalankan program pengajian di luar negara tetapi ia adalah dengan kaedah\u00a0 separuh pengajian jarak jauh iaitu pensyarah tidak semestinya mengajar di tempat pelajar berada tetapi menyelia dan menyampaikan kuliah dari kampus di Bangi.<\/p>\n<p>Pengajaran dilakukan dengan menggunakan kemudahan video conferencing manakala dalam soal hubungan pensyarah-pelajar khususnya kerja-kerja penyeliaan tugas dipermudahkan dengan penggunaan e-mel dan juga melalui internet.<\/p>\n<p>\u201cKaedah ini pernah kita lakukan dengan beberapa buah universiti di Indonesia seperti Universitas Airlangga iaitu menggunakan video conference bagi kuliah manakala bagi Universiti Lal pula kita gunakan kaedah blended learning iaitu campuran di antara bersemuka dengan secara elektronik,\u201d katanya.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Khamis, 23 Disember 2010 18:18 Oleh Abdul Ghani Nasir BANGI, 23 Dis, 2010 \u2013 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merancang menubuhkan<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/disember-2010\/ukm-tubuhkan-pusat-pengajian-siswazah-di-yaman\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4436,"parent":1425,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-4442","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/4442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4442"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/4442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4444,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/4442\/revisions\/4444"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1425"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4436"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}