{"id":6445,"date":"2010-10-29T00:00:33","date_gmt":"2010-10-29T00:00:33","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=6445"},"modified":"2015-05-09T06:17:48","modified_gmt":"2015-05-09T06:17:48","slug":"pro-canselor-ukm-tunku-naquiyuddin-menggariskan-tiga-petunjuk-untuk-diamalkan-syarikat-bagi-menjamin-masa-depan-dunia","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/oktober-2010\/pro-canselor-ukm-tunku-naquiyuddin-menggariskan-tiga-petunjuk-untuk-diamalkan-syarikat-bagi-menjamin-masa-depan-dunia\/","title":{"rendered":"Pro-Canselor UKM, Tunku Naquiyuddin menggariskan Tiga Petunjuk untuk diamalkan syarikat bagi Menjamin Masa Depan Dunia"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Foktober-2010%2Fpro-canselor-ukm-tunku-naquiyuddin-menggariskan-tiga-petunjuk-untuk-diamalkan-syarikat-bagi-menjamin-masa-depan-dunia%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=6445&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><h2 style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/Tunku%20Naquiyuddin1.jpg\" alt=\"\" \/><\/h2>\n<p style=\"text-align: justify;\">JUMAAT, 29 OKTOBER 2010 12:10<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Kuah Guan Oo<br \/>\nFoto oleh Saliman Leman<br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 29 Okt. 2010 \u2013 Masa depan dunia akan terjamin kiranya semua syarikat mengamalkan dasar \u00a0\u2018tiga penunjuk\u2019 yang menggariskan prestasi dalam bidang alam sekitar, sosial dan kewangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDengan itu cabaran perniagaan dewasa ini ialah bagaimana mereka boleh mengambil kira impak operasi mereka ke atas pekerja, masyarakat dan alam sekitar keseluruhannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDemikian kata Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tunku Laxamana Tunku Dato\u2019 Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja\u2019afar, dalam Syarahan Felo\u00a0 DiRaja\u00a0 Lestari (Institut Alam Sekitar dan Pembangunan) di sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau menambah: \u201cterdapat juga desakan yang semakin kuat supaya bines sepadukan persoalan tanggungjawab sosial dengan dasar dan strategi bines sebagai misi mereka.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nTunku Naquiyuddin yang juga seorang pemimpin korporat terlibat dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, bioteknologi, tenaga, perlombongan dan perkilangan telah menggariskan perkembangan konsep Pembangunan Lestari (PL) dan sikap murah hati sebagai dermawanan kapitalis (DK) dalam syarahannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau berkata PL kerap ditakrifkan sebagai \u201cpembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengkompromikan kehendak generasi akan datang.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPL ada kaitan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) dan tidak harus dilihat hanya sebagai suatu alat perhubungan awam (PR) sebagaimana didakwa segelintir orang sebagaimana juga pandangan mereka terhadap DK (dermawanan kapitalis).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSebenarnya PL, TSK dan DK adalah jauh lebih daripada usaha PR kerana \u201cPL bertujuan memperbaiki kualiti hidup, pembasmian kemiskinan, melindungi alam sekitar, meningkatkan kemajuan sosial dan menggunakan sumber semula jadi dengan cermat sementara\u00a0 menjamin pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSelaras dengan itu, perniagaan harus dikendalikan untuk mencapai dasar\u00a0 \u201ctiga penunjuk\u201d yang boleh dinilai menerusi prestasi di bidang alam sekitar, social, ekonomik atau kewangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/Tunku%20Naquiyuddin2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/Tunku%20Naquiyuddin3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Beliau telah terlibat secara peribadi dalam isu PL pada 1992 apabila menyertai Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEOs)\u00a0 syarikat gergasi dunia di satu forum \u201cMajlis Perniagaan Untuk Pembangunan Lestari\u2019 (MPPL), untuk berbincang persoalan mengenai perniagaan dan pembangunan lestari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau menjadi ahli peneroka MPPL yang berkembang serentak dengan Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cKami giat menyertai proses persiapan persidangan itu dan melihat jauh daripada kehendak dan faedah terdekat syarikat kami. Serentak itu mereka juga menimbang tentang kehendak dan kepentingan generasi masa depan,\u201d kata kerabat di raja Negeri Sembilan itu yang lulus dengan ijazah B.Sc (Kepujian) dalam jurusan Ekonomi dari University of Wales di mana beliau juga mengambil jurusan Politik Antarabangsa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nHasil dari persidangan itu pimpinan perniagaan seluruh dunia telah julung kali menimbang isu-isu PL dari perspektif global dan mencapai kata sepakat tentang perlunya satu pendekatan bersepadu didukung untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi tanpa berkompromi terhadap kedudukan alam sekitar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPandangan mereka itu telah dibukukan dalam naskah \u201cBertukar Haluan: Perspektif Global Tentang Pembangunan dan Alam Sekitar\u201d\u00a0 (\u201cChanging Course: A Global Perspective on Development and the Environment\u201d) pada 1992. Buku itu boleh disifatkan sebagai koleksi pemikiran dan keperihatinan para pemimpin itu terhadap keadaan alam sekitar, perindustrian, kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPimpinan syarikat global itu telah menzahirkan suatu gerakan atau pelan untuk bines yang boleh memberi kesan meluas dan positif kepada keseluruhan ahli peniaga. Beliau sendiri berpendapat bahawa \u201cdalam konteks pertumbuhan ekonomi dunia, pembangunan lestari penting untuk mengingatkan para peniaga bahawa strategi bines mereka harus bersepadu dengan perlindungan alam sekitar sebagai satu prinsip utama.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nTunku Naquiyuddin berkata MPPL Dunia pada masa ini adalah satu gerakan yang dipimpin oleh CEOs, atau satu persatuan yang terdiri dari lebih-kurang 200 syarikat antarabangsa yang prihatin terhadap corak perniagaan dan pembangunan lestari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMPPL telah mewujudkan satu platform yang walaupun masih tertumpu kepada perniagaan, ia juga berkait dengan pandangan peribadinya bahawa dalam masa mahu mewujudkan kehidupan selesa ia seharusnya bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi juga sebagai warisan untuk anak cucu kita dan generasi akan datang,\u201d kata Tunku Naquiyuddin, yang juga seorang ahli majlis MPPL.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/Tunku%20Naquiyuddin4.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/Tunku%20Naquiyuddin5.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Beliau adalah antara mereka yang menubuhkan MPPL Malaysia kerana amat dipengaruhi deklarasi dan mandat pertubuhan induk itu. Berasakan pengetahuan dan pendirian peribadinya, beliau telah memastikan semua amalan perniagaannya ditentukan oleh sukatan PL.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDengan kepentingan perniagaan berbagai-bagainya, beliau berkata ia tidak memeranjatkan apabila beliau berani mengharungi bidang kedermawanan kapitalisme, yang selari dengan PL dan yang tercetus daripada hasrat kedermawanan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cPada asasnya, apa yang kita nampak ialah satu generasi penderma yang baru yang menggunakan wang mereka dengan cermat supaya boleh membawa hasil baik dengan mendukung usaha kedermawanan. Dengan itu\u00a0 Yayasan Tunku Naquiyuddin telah diwujudkan sebagai satu amalan kedermawanan kapitalisme menerusi pendidikan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau juga berkata walaupun potensi untuk para peniaga memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan lestari dan kedermawanan kapitalisme adalah luas, mereka masih memerlukan insentif dari Kerajaan untuk berkembang pesat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cKesimpulannya PL atau DK memerlukan komitmen, keazaman dan ketabahan. Dunia ini akan menjadi tempat lebih baik jika semua syarikat boleh berpegang pada cita-cita ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cWalau bagaimanapun, ia memerlukan sokongan Kerajaan dan masyarakat untuk bersatu hati supaya cita-cita \u2018Bertukar Haluan\u2019 itu boleh berjaya tanpa sebarang gangguan dan halangan,\u201d tambahnya.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JUMAAT, 29 OKTOBER 2010 12:10 Oleh Kuah Guan Oo Foto oleh Saliman Leman BANGI, 29 Okt. 2010 \u2013 Masa depan<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/oktober-2010\/pro-canselor-ukm-tunku-naquiyuddin-menggariskan-tiga-petunjuk-untuk-diamalkan-syarikat-bagi-menjamin-masa-depan-dunia\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6442,"parent":1413,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-6445","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/6445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6445"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/6445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6448,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/6445\/revisions\/6448"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6442"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}