{"id":7259,"date":"2010-10-12T00:00:05","date_gmt":"2010-10-12T00:00:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=7259"},"modified":"2015-05-12T02:56:52","modified_gmt":"2015-05-12T02:56:52","slug":"ukm-dan-ui-mampu-lakukan-transformasi-minda-rakyat-dua-negara","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/oktober-2010\/ukm-dan-ui-mampu-lakukan-transformasi-minda-rakyat-dua-negara\/","title":{"rendered":"UKM dan UI mampu lakukan transformasi minda rakyat dua negara"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Foktober-2010%2Fukm-dan-ui-mampu-lakukan-transformasi-minda-rakyat-dua-negara%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=7259&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi1.jpg\" alt=\"\" \/>SELASA, 12 OKTOBER 2010 17:53<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\nGambar oleh Saliman Leman<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 12 Okt. \u00a02010 \u2013\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Indonesia (UI) bersama-sama mampu melakukan transformasi membawa kepada wujudnya minda lebih rasional dan matang di kalangan rakyat kedua buah negara, kata Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM Prof. Ir Dr Hasan Basri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKatanya, kedua-dua negara itu tidak mempunyai pilihan selain membentuk dan terus mengukuhkan prinsip hidup berjiran yang terbukti telah membawa kesejahteraan bersama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBerucap di majlis perasmian Seminar SEBUMI 3, anjuran UKM dan UI di sini hari ini, beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, pelbagai program akademik perlu ditingkatkan antara kedua buah universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM, katanya, amat mengalukan penglibatan rakan-rakan akademik dari Indonesia digemblengkan bagi membentuk kolaborasi untuk mendukung lapan nic aktivitinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMengenai seminar dua hari itu, beliau berkata ia penting kerana penganjurannya bertepatan dengan masa dan pada keadaan yang amat mencabar dengan wujudnya pelbagai isu yang sedang dihadapi bersama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cEra globalisasi yang kita tempoh menyaksikan aliran maklumat menerobos masuk ke dalam minda kita dengan pelbagai bentuk sama ada positif, negatif, seimbang dan neutral. Kesannya dapat dirasai terhadap hubungan antara penduduk, masyarakat dan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cPelbagai pendekatan perlu dimanfaatkan bagi menjadi penyaring paling wajar dalam menghadapi berbagai-bagai\u00a0 isu yang melanda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cSalah satu alternatif yang berkesan adalah medium akademik seperti SEBUMI yang sedikit sebanyak dapat meredakan keadaan. Ini kerana para ilmuwan adalah golongan yang rasional, tidak beremosi melulu serta tidak mudah terheret kepada perangkap yang hendak merosakkan,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, ketika merasmikan SEBUMI 3, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin menarik perhatian betapa sejak akhir-akhir ini terdapat liputan media mengenai beberapa insiden yang sangat mendukacitakan hingga memberi kesan kepada kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPeristiwa yang berlaku itu telah sedikit sebanyak\u00a0 menyentuh hubungan baik yang telah terpahat begitu lama antara kedua-dua negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cOleh kerana kedudukan berjiran dan keadaan rakyatnya\u00a0 yang saling bekerjasama, menghormati\u00a0 dan menghargai sumbangan\u00a0 yang saling melengkapi ini, pastinya keamanan, kesejahteraan dan kestabilan serantau yang berpanjangan amat diharapkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cMalang sekali bagi kedua-dua negara jika hubungan strategik ini tercemar disebabkan angkara\u00a0 kita sendiri ataupun angkara pihak lain yang mahukan adanya hubungan bermusuhan dan syak wasangka antara mereka sedangkan hubungan akrab antara rakyat kedua negara sudah termeterai sekian lama,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nTan Sri Hashim , yang juga Profesor Ajung di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, menyatakan keyakinan melalui kerjasama dua hala seperti penganjuran SEBUMI dua tahun sekali itu dengan wacana yang\u00a0 berpaksikan penyelidikan empirikal dan mapan, pasti\u00a0 akan membuahkan cadangan yang bernas dalam memelihara dan mengukuhkan persahabatan dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau turut mencadangkan agar penyelidikan mengenai isu serantau\u00a0dilakukan secara usaha sama antara UKM dan UI, agar saranan dan tindakan yang diambil bersifat holistik dan memanfaatkan kedua buah negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nRakyat Malaysia dan Indonesia, lebih-lebih lagi para sarjana dan cendekiawan perlu memainkan peranan\u00a0 lebih gigih sebagai Komunikator Keamanan, agar apa juga ketegangan dan perselisihan yang timbul dapat dibendung, tambah beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKira-kira 100 kertas kerja mengenai pelbagai topik kepentingan dua hala dibincangkan pada seminar dua hari dengan tema \u201c<em>Penjanaan ilmu serumpun ke arah kelestarian penyelidikan dan kecemerlangan akademik<\/em>\u201d.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi4.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi5.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi6.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/sebumi7.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELASA, 12 OKTOBER 2010 17:53 Oleh Abdul Ghani Nasir Gambar oleh Saliman Leman BANGI, 12 Okt. \u00a02010 \u2013\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/oktober-2010\/ukm-dan-ui-mampu-lakukan-transformasi-minda-rakyat-dua-negara\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7254,"parent":1413,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-7259","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7259","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7259"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7259\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7263,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7259\/revisions\/7263"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7259"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}