{"id":7431,"date":"2012-08-30T08:13:41","date_gmt":"2012-08-30T08:13:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=7431"},"modified":"2015-05-12T08:14:31","modified_gmt":"2015-05-12T08:14:31","slug":"kanak-kanak-harus-menjalani-pemeriksaan-mata-setiap-tahun","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2012\/ogos-2012\/kanak-kanak-harus-menjalani-pemeriksaan-mata-setiap-tahun\/","title":{"rendered":"Kanak-kanak Harus Menjalani Pemeriksaan Mata Setiap Tahun"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2012%2Fogos-2012%2Fkanak-kanak-harus-menjalani-pemeriksaan-mata-setiap-tahun%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=7431&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div id=\"midblock\">\n<div class=\"insidem\">\n<div class=\"news_item_a\">\n<div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\" style=\"text-align: justify;\"><span class=\"createdate\">KHAMIS, 30 OGOS 2012 00:00<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Research2012\/kajianmata1.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Saiful Bahri Kamaruddin<br \/>\nFoto Shahiddan Saidi,\u00a0Ihsan Dr Rokiah Omar &amp; FSK<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2012 &#8211;\u00a0 Kanak-kanak harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun seawal usia empat tahun lagi kerana masalah penglihatan di kalangan\u00a0anak-anak muda semakin meningkat di negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang pakar penglihatan (optometri) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rokiah Omar dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) mendapati trend itu setelah melakukan penyelidikan ke atas kanak-kanak kindergarten di Sitiawan Perak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajiannya adalah untuk mengenalpasti penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau berkata kurang penjagaan kesihatan,\u00a0tabiat membaca yang tidak betul dan terlalu lama melihat di jarak dekat boleh merosakkan penglihatan kanak-kanak prasekolah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr Rokiah, yang juga pakar rujuk Optometri di peringkat antarabangsa, berkata ibu bapa dan penjaga harus mendapatkan pemeriksaan penglihatan kanak-kanak jagaan mereka ke pakar penglihatan atau klinik mata untuk pemeriksaan mata sebelum berlaku masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Optometri adalah profesion kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan mata dan struktur yang berkaitan, serta visi, sistem penglihatan dan visi pemprosesan maklumat pada manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu bapa\/penjaga tidak harus menunggu sehingga kanak-kanak itu mengadu rabun mata atau terjadi kemalangan baru mahu mengambil langkah pembetulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau khuatir dengan keadaan semasa kerana masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial dan mental kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr Rokiah yang juga Felo Academy Optometri Malaysia (FMAO) berkata, mengesan masalah itu dari awal amat penting untuk memastikan rawatan yang lebih baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian terakhirnya baru-baru ini dilakukan ke atas 479 orang kanak-kanak tadika yang berumur 4 hingga 6 di Sitiawan, Perak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka telah menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau mendapati daripada mereka itu 43 orang kanak-kanak itu gagal saringan penglihatan dengan 32 orang disahkan mempunyai masalah penglihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyebab utamanya ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular (0.8%).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ralat refraksi atau rabun mata berlaku apabila sinar cahaya yang memasuki mata bertemu di hadapan atau di belakang retina dan bukannya secara langsung padanya. Biasanya ia mengakibatkan penglihatan yang kabur. Untuk penglihatan sempurna jelas, imej objek yang dilihat perlu tertumpu ke retina, sama seperti kamera tertumpu betul untuk mengambil gambar yang jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal, kata Dr Rokiah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kebanyakan kes, ralat refraksi atau rabun mata adalah keadaan yang menyimpang dari penglihatan normal dan tidak dianggap sebagai penyakit. Ralat refraksi berlaku apabila terdapat sesuatu yang tidak kena antara panjang mata, dan kuasa optik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketidak padanan ini biasanya berasal semasa zaman kanak-kanak. Punca-punca sebenar rabun masih dikaji, tetapi diketahui bahawa pengaruh keturunan dan persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat empat jenis utama rabun: Miopia, Hyperopia, astigmatisme dan presbiopia. Rabun biasanya boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap. Terdapat juga teknik-teknik pembedahan yang boleh digunakan untuk membetulkan rabun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\"border\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Research2012\/kajianmata2.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/>Miopia ini juga dikenali sebagai rabun pendek dan adalah satu keadaan yang sangat biasa. Biasanya miopia bermula pada tahun-tahun remaja dan mungkin menjadi lebih buruk sepanjang tahun-tahun berikutnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyelidikan yang dilakukan oleh Chung pada tahun 1996 mendapati bahawa miopia di kalangan kanak-kanak Cina di Malaysia yang berusia antara 6-12 tahun adalah 33% dan ia meningkat kepada 50% di kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi kanak-kanak Melayu berusia antara 7-12 tahun 8% didapati miopia dan meningkat kepada 20% apabila menjangkau usia antara 13 hingga 18 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orang yang menghidapi\u00a0Miopia tidak boleh melihat objek jauh dengan jelas. Dalam mata miopia, cahaya tertumpu di hadapan retina dan sehingga imej menjadi kabur. Orang miopia boleh melihat objek dekat lebih kurang sama dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr Rokiah Omar adalah pakar lepasan UKM dengan Ijazah Sarjana Muda Optometri. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1990, beliau\u00a0telah bekerja\u00a0sebagai optometris di sektor swasta di Kuala Lumpur sebelum menyertai UKM semula sebagai tutor pada tahun 1994.<\/p>\n<p>Beliau memperolehi PhD dalam bidang \u201cPenglihatan Lemah\u201d dari University New South Wales, Australia pada tahun 2002. Beliau merupakan Felo bagi Penglihatan Lemah Akademi Optometri Amerika, Felo Persatuan Optometris Malaysia, ahli Pengasas Akademi Optometri Malaysia dan Felo Bersekutu Akademi Ahli Sains Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr Rokiah ialah Optometris pertama di rantau Asia yang ditauliah sebagai ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Pengelas Penglihatan yang mana beliau layak memeriksa peserta-peserta Sukan Paralimpik Olimpik dan meluluskan penyertaan mereka.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div id=\"leftblock\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KHAMIS, 30 OGOS 2012 00:00 Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Shahiddan Saidi,\u00a0Ihsan Dr Rokiah Omar &amp; FSK KUALA LUMPUR, 30<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2012\/ogos-2012\/kanak-kanak-harus-menjalani-pemeriksaan-mata-setiap-tahun\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7428,"parent":1287,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-7431","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7432,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/7431\/revisions\/7432"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7428"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}