{"id":8461,"date":"2010-07-02T00:00:22","date_gmt":"2010-07-02T00:00:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=8461"},"modified":"2015-05-16T02:09:24","modified_gmt":"2015-05-16T02:09:24","slug":"profesor-ukm-antara-enam-saintis-islam-di-dunia-menangi-anugerah-isesco-sebuah-badan-di-bawah-oic","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/julai-2010\/profesor-ukm-antara-enam-saintis-islam-di-dunia-menangi-anugerah-isesco-sebuah-badan-di-bawah-oic\/","title":{"rendered":"Profesor UKM antara enam saintis Islam di dunia menangi anugerah ISESCO, sebuah badan di bawah OIC"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fjulai-2010%2Fprofesor-ukm-antara-enam-saintis-islam-di-dunia-menangi-anugerah-isesco-sebuah-badan-di-bawah-oic%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=8461&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/profamin.jpg\" alt=\"\" \/><\/span>JUMAAT, 02 JULAI 2010 18:52<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 2 Julai, 2010 \u00a0\u2013 Seorang tenaga pengajar UKM, Prof. Dr Mohamed Amin Embi, 46, Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik telah diistihar sebagai pemenang bagi kategori Teknologi, Anugerah Sains dan Teknologi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang berpejabat di Rabat, Maghribi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau adalah di antara enam orang saintis Islam sedunia yang diistiharkan sebagai pemenang hadiah Pusat Pengembangan Penyeledikan Sains, SESCO (ICPSR), sebuah badan di bawah nauangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), untuk tahun ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProf Mohamed Amin akan menerima sekeping sijil, sebuah pingat emas dan wang tunai AS$5,000. Beliau dan lima orang lagi pemenang akan menerima hadiah mereka dalam satu upacara sempena sidang Menteri Pengajian Tinggi OIC kelima, di Kuala Lumpur, Oktober depan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nLima orang lagi pemenang adalah Dr Hosein Baharvand dari Iran untuk Biologi, Prof. Dr Mirsaidon Ulmas dari Tajikistan (Kimia), Prof. Dr Muhammad Qasim Jan dari Pakistan (Kaji Bumi), Dr Odibat Zaid dari Jordan (Ilmu Hisab) dan Dr Shabat Mohammed dari Palestin untuk Ilmu Fizik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProf Amin sebelum ini pernah mendapat berbagai anugerah dan pengitirafan oleh UKM dan beberapa Kementerian kerana mewujudkan berbagai sistem pembelajaran melalui internet (e-learning).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMelalui penyelidikan dan penerbitannya dalam bidang e-pembelajaran, beliau telah memperkenalkan pelbagai inovasi pengajaran yang memberi manfaat bukan saja kepada pelajar\/pensyarah UKM khususnya tetapi juga pelajar\/pensyarah di IPT di seluruh negara amnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDi peringkat antarabangsa, melalui Program Penyertaan Unesco, Prof Amin membangunkan portal pengajaran dan pembelajaran maya di rantau Asean yang dikenali sebagai VirTEC.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau telah memenangi pingat emas di pameran penyelidikan dan inovasi UKM dan pingat perak di pertandingan rekacipta &amp; inovasi anjuran Kementerian Sains, Teknologi &amp; Alam Sekitar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nInovasi ini juga telah mendapat liputan meluas media misalnya dalam Utusan Malaysia yang memaparkan:\u201dVirTEC: Pusat Pendidikan Maya Untuk Guru\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi membantu pelajaran bahasa secara maya, Prof \u00a0Amin membangunkan program belajar-cara-belajar bahasa Inggeris on-line melalui portal dinamakan e-Learn. Salah satu keluaran Sunday Star menyifatkan kandungan portal itu sebagai Secrets of Smart Language Learners.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nInovasi pembelajaran ini mendapat pengiktirafan dengan Prof \u00a0Amin diberi \u00a0Anugerah Penyelidik Muda UKM. Dalam usaha membantu pendidikan bahasa Inggeris secara maya\u00a0di Malaysia, beliau juga membangunkan pusat sumber atas talian untuk guru dan pendidik TESL melalui portal ELT-TreC.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSebagai lanjutan, beliau membangunkan alat pengarangan membolehkan pensyarah IPT di seluruh negara mengurus bahan kuliah secara online dikenali sebagai WeB-CEPT. Penyelidikan serta inovasi e-pembelajaran itu memenanginya \u00a0Anugerah Kreativiti &amp; Rekacipta UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi memudahkan pensyarah di UKM mengendalikan kursus secara on-line, Prof Amin membangunkan sistem pengurusan e-pembelajaran dikenali sebagai e-Mas yang memenangi Anugerah Pengurusan Maklumat UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMelalui projek penyelidikan sabatikalnhya, Prof \u00a0Amin membangunkan sebuah lagi inovasi SalMas (Self-access Learning Management System). Inovasi ini bukan saja digunapakai oleh pelajar dan pensyarah UKM tetapi IPTA lain seperti Universiti Tun Hussein Onn dan UNITEN.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nCiptaan itu memenangi Anugerah Rekacipta &amp; Inovasi dan Pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia 2006 anjuran Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPada tahun 2009, beliau telah membangunkan inovasi e-pembelajaran yang unik dan ulung di sini dikenali sebagai SLIM atau Second Language Instruction Management System yang merupakan suatu sistem pengurusan instruksi bahasa kedua berasaskan tempat membolehkan pembelajaran kemahiran bahasa termasuk membaca, mendengar dan bertutur dikendalikan scara interaktif di atas talian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBersama isterinya Rohayati Haroun, Prof \u00a0Amin juga telah perkenalkan kaedah cepat baca serta membangunkan perisian cepat baca pertama di Malaysia dikenali sebagai e-Xra C.E.P.A.T (Computer Enchanced\u00a0 Phonological Awareness Training).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSehingga kini, program tersebut telah membantu lebih 25,000 kanak-kanak di Malaysia yang bermasalah dalam pembelajaran, disleksia dan autisme dapat menguasai kemahiran membaca dalam tempoh antara 3-6 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIa digunapakai secara meluas di tadika, pra-sekolah, kelas pemulihan serta pusat tuisyen. Tidak hairanlah ia diberi anugerah Pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia 2006.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDalam usaha memartabatkan e-Pembelajaran di Malaysia, Prof Amin telah mengasas dan membangunkan beberapa portal seperti e-Learning Online kiosk yang boleh diakses percuma di <a href=\"http:\/\/www.ukm.my\/eLOK\">http:\/\/www.ukm.my\/eLOK<\/a>, Portal Malaysian e-Learning Research Network yang boleh diakses percuma di <a href=\"http:\/\/www.ukm.my\/myelearn\">http:\/\/www.ukm.my\/myelearn<\/a> dan portal untuk penyelidikan bidang sains sosial di Malaysia dikenali sebagai JaPSS yang boleh dilayari melalui <a href=\"http:\/\/www.ukm.my\/japss\">http:\/\/www.ukm.my\/japss<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nJurnal terbuka pula dikenali sebagai Malaysian Online Journal of e-Learning (MOJel).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProf \u00a0Amin antara lain telah menerima Anugerah Pengajar Cemerlang UKM 2005 dan 2006 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM 2006.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nHasil berbagai penyelidikannya telah diterbitkan dalam pelbagai makalah dan karya asli. Antara buku berkaitan e-Pembelajaran yang dihasilkannya adalah Computer Mediated Communication (2009), Course Management System (2006), Readings\u00a0in Online Language Teaching &amp; Learning\u00a0 (2008); Teknologi Maklumat Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (2008), Panduan Amalan Pengajaran &amp; Pembelajaran Berkesan (2009) dan Online Teaching &amp; Learning in ELT (2006).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBerdasarkan kepada kecemerlangan serta sumbangan penyelidikan dan inovasi e-Pembelajaran di peringkat kebangsaan beliau telah dinobatkan sebagai pemenang sulung Anugerah Akademik Negara 2006 untuk kategori Inovasi Pengajaran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau juga telah diberikan Anugerah Melayu Cemerlang 2008 untuk kategori Pendidikan sebagai menghargai sumbangannya kepada pembangunan pendidikan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDilahirkan di Pulau Pinang, Prof Amin mendapat ijazah pertamanya dari Universiti Brock pada 1986. Setahun kemudian beliau telah menerima Diploma Pendidikan dengan kepujian dari UKM dan kemudiannya mengajar di Sekolah Menengah Sungai Aceh, Nibong Tebal selama empat tahun sebelum memasuki UKM sebagai seorang tutor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau kemudiannya ditaja melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D di Universiti Leeds dan kembali bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan UKM. Oleh kerana kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang e-pembelajaran beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya pada tahun 2000 dan Profesor pada tahun 2006.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSehingga kini beliau telah menerbitkan 10 buku, 30 bab dalam buku serta 130 makalah di perngkat kebangsaan dan antarabangsa.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JUMAAT, 02 JULAI 2010 18:52 Oleh Abdul Ghani Nasir BANGI, 2 Julai, 2010 \u00a0\u2013 Seorang tenaga pengajar UKM, Prof. Dr<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/julai-2010\/profesor-ukm-antara-enam-saintis-islam-di-dunia-menangi-anugerah-isesco-sebuah-badan-di-bawah-oic\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8459,"parent":1395,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-8461","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8461","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8461"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8461\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8462,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8461\/revisions\/8462"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1395"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}