{"id":8595,"date":"2010-05-18T00:00:53","date_gmt":"2010-05-18T00:00:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=8595"},"modified":"2015-05-17T03:14:01","modified_gmt":"2015-05-17T03:14:01","slug":"cabaran-ukm-setelah-mencapai-usia-40-tahun","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/8547-2\/cabaran-ukm-setelah-mencapai-usia-40-tahun\/","title":{"rendered":"Cabaran UKM setelah mencapai usia 40 tahun"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2F8547-2%2Fcabaran-ukm-setelah-mencapai-usia-40-tahun%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=8595&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/40thnUKM-small.jpg\" alt=\"\" \/>SELASA, 18 MEI 2010 08:00<br \/>\nOLEH\u00a0ABDUL GHANI<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bangi 18 Mei 2010 &#8211; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencecah usia 40 tahun hari ini digesa meneruskan usaha mencapai kecemerlangan dalam penguasaan bahasa ibunda selain dari menghadapi cabaran pengantarabangsaan, pengkayaan\u00a0khazanah ilmu, inovasi dan kreativiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah di samping peranan UKM menjana ilmu dalam acuan sendiri, pemupukan suasana bugar untuk berkarya dan menjadi model autonomi, demikian titah Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Muhriz ibni Almahrum Tuanku Munawir pada majlis Titah Perdana Sempena Sambutan 40 Tahun UKM di Bilik Senat, Canselori Universiti di Bangi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam titah bertajuk \u201cUniversiti untuk Negara\u201d\u00a0yang disampaikan hampir sejam itu, Baginda mahu UKM bersiap siaga untuk menghadapi cabaran dalam semua aspek pada abad ke-21 khususnya menjelang 2018 untuk menjadi universiti penyelidikan terkemuka setanding dengan universiti terbaik dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u201cUKM harus menangani perkembangan dan tren pendidikan tinggi sedunia yang memberi dampak kepada pendidikan tinggi negara dalam cita-cita mencapai matlamat utama yang antara lain adalah pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan wahana pembinaan jati diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKita tahu bahawa misi UKM dipacu oleh nilai seperti kebebasan akademik, keserakanan, etika, kesaksamaan, keberanian, amal jerih dan kesukarelawanan\u00a0 serta matlamat yang ingin dicapai oleh universiti yang sudah dikenalpasti iaitu termasuklah cabaran membina negara bangsa, pembangunan kelestarian wilayah, tenaga keterbaharuan, informatik Islam, nanoteknologi dan bahan termaju dan kepelbagaian biologi dalam pembangunan bioteknologi,\u201d titah Baginda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">DYMM Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud turut hadir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginda bertitah: \u201cBeta percaya UKM harus terus menerus menjana ilmu yang menjadi rujukan tertinggi di peringkat global dengan memperkaya khazanah ilmu watan dan serantau. Dengan cara itu juga, UKM akan dapat\u00a0 menarik para ilmuwan dunia datang untuk bersama-sama menyelidik dan menyebar ilmu dibina di rantau ini.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginda menggesa cerdik pandai di UKM mengambil iktibar daripada bukti sejarah bahawa negara yang sudah membangun dapat melonjak sebagai negara maju dengan peningkatan industri melalui kekuatan ilmu, khususnya sains dan teknologi watan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyentuh peranan UKM bersangkutan kedudukan Islam, Baginda mahu UKM berusaha dengan penuh gigih memastikan Islam dapat memberi segala jawapan kepada persoalan dihadapi negara seperti\u00a0etika dalam perubatan, makanan halal, penyalahgunaan dadah, krisis moral dan etika peperangan antara lainnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segala itu memerlukan cernaan fikiran untuk memberi perspektif\u00a0 Islam kepada dunia. \u201cApatah lagi sejarah peradaban orang Melayu menunjukkan bagaimana Islam telah membentuk bukan sahaja budaya, nilai dan keperibadian orang Melayu, bahkan masyarakat Islam bukan Melayu dan juga masyarakat di rantau ini.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyentuh aspek pengantarabangsaan, Baginda bangga dengan peranan UKM sebagai tempat jangkauan Dunia Melayu dengan mengembalikan peranan rantau ini\u00a0sebagai tempat pertemuan pelbagai peradaban.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginda turut menekankan objektif UKM untuk maju ke hadapan pada abad ke-21 bukan semata-mata mencapai matlamat itu tetapi mencapainya dengan cemerlang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginda juga bangga UKM telah menafsir slogan \u2018Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan\u2019 dengan menggubal Pelan Transformasi yang meletakkan Ekosistem Ilmu UKM sebagai wahana kecemerlangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara lain yang disentuhnya ialah:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Pembukaan pejabat di Universiti Duisberg-Essen, Jerman untuk menjadi jendela strategik UKM kepada Eropah, termasuk Eropah Timur, selain ke Eropah Barat dan Amerika tetapi turut ke Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Latin, China dan negara Islam OIC.<\/li>\n<li>Seramai 1551 orang kakitangan akademik kini sudah ada pelapis yang sedang mengikuti skim latihan sama\u00a0ada dalam atau luar negara.<\/li>\n<li>UKM harus ke hadapan memaksimumkan segala sumber yang ada untuk mencipta produk dan proses baru, kaedah meningkatkan produktiviti dan keberkesanan serta sumber dan kerja baru.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua ini adalah untuk tampak dengan penuh kreatif dalam ekonomi keusahawanan global yang mencabar.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELASA, 18 MEI 2010 08:00 OLEH\u00a0ABDUL GHANI Bangi 18 Mei 2010 &#8211; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencecah usia 40<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/8547-2\/cabaran-ukm-setelah-mencapai-usia-40-tahun\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8593,"parent":8547,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-8595","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8595","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8595"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8595\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8596,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8595\/revisions\/8596"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8547"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8593"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8595"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}