{"id":8707,"date":"2010-08-20T00:00:46","date_gmt":"2010-08-20T00:00:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=8707"},"modified":"2015-05-21T05:46:24","modified_gmt":"2015-05-21T05:46:24","slug":"lebih-900000-pelajar-ipt-masih-tidak-berdaftar-sebagai-pengundi","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/lebih-900000-pelajar-ipt-masih-tidak-berdaftar-sebagai-pengundi\/","title":{"rendered":"Lebih 900,000 pelajar IPT masih tidak berdaftar sebagai pengundi"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fogos-2010%2Flebih-900000-pelajar-ipt-masih-tidak-berdaftar-sebagai-pengundi%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=8707&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\" style=\"text-align: justify;\"><span class=\"createdate\"><img decoding=\"async\" class=\"border alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/vote.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/>JUMAAT, 20 OGOS 2010 16:53<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\" style=\"text-align: justify;\">\n<p><strong><span lang=\"MS\">Oleh Shahfizal Musa<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">BANGI 19 \u00a0Ogos, 2010 \u2013 Seramai lebih daripada 900,000 pelajar\u00a0Institut Pengajian Tinggi masih belum mendaftar untuk mengundi, demikian didedahkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Beliau kesal kerana sikap tidak ambil peduli para pelajar terhadap kepimpinan negara dan memberi gambaran ketandusan kualiti kepimpinan dalam diri para pelajar sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Bercakap di tazkirah Subuh\u00a0selepas program bersahur bersama rakyat\u00a0 di Masjid UKM di sini awal pagi tadi beliau berkata sikap demikian hanya akan merugikan para pelajar sendiri kerana mereka tidak mengunakan hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka kehendaki menerajui negara.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Beliau mengandaikannya sebagai\u00a0 suatu krisis kualiti kepimpinan yang melanda belia negara ini sambil\u00a0 memberikan contoh pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan tetapi gagal dalam\u00a0temuduga untuk mendapatkan pekerjaan.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Shahlan berkata ini bersangkutan dengan kekurangan kemahiran interpersonal yang diperlukan seperti kurangnya keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi iaitu ciri ciri yang diperlukan oleh majikan dalam diri siswazah kerana mereka berpotensi untuk berperanan sebagai pemimpin.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Beliau menerangkan bahawa peranan graduan bukan hanya mendapatkan segulung ijazah dan menyara hidup tetapi lebih kepada kepimpinan kerana mereka mempunyai ilmu.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">\u201cKita mesti sedar yang isu kepimpinan adalah sangat penting kerana kualiti kepimpinan menentukan kualiti sesebuah bangsa dan tamadun, sikap masyarakat dan kemajuan mereka\u201d kata Shahlan.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Beliau mengingatkan bahawa kepimpinan tidak patut dipolitikan kerana implikasinya akan membawa padah. \u201cKonflik kepimpinan telah menjuruskan kepada situasi yang tidak diingini dan mangsanya adalah masyarakat.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">\u201cJikalau kita lihat negara yang sedang bergolak, contohnya Iran dan Iraq, mereka menghadapi masalah kepimpinan, sesuatu kaum juga akan ditindas kerana pergolakan kepimpinan, sebagaimana berlaku di Palestin berikutan perbalahan pemimpin Hamas dan Fatah. Ini hanya memberi ruang kepada Israel menindas dan menzalimi rakyat Palestin,\u201d kata Shahlan.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Kepimpinan politik pula kini dilihat sebagai suatu batu loncatan untuk mendapat kesenangan dan kekayaan. \u201cSebenarnya kepimpinan adalah suatu bebanan dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak oleh Allah.\u201d<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Beliau menerangkan bahawa kualiti kepimpinan merangkumi lima perkara. Seorang pemimpin harus menganggap\u00a0 jawatannya sebagai suatu amanah dan bukannya kemegahan. Kedua\u00a0 seorang pemimpin harus memikul tanggung jawab dalam melakukan\u00a0 misi transformasi, iaitu\u00a0 mentransformasikan masyarakat untuk lebih lengkap bagi menghadapi cabaran.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Pemimpin juga harus mampu melakukan perubahan dari segi pemikiran dan sikap masyarakat yang di pimpin, membawa kebebasan dan melakukan pencerahan.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Kualiti kepimpinan yang baik, mesti mencerahkan hidup masyarakat untuk memimpin mereka keluar\u00a0dari kejahilan, kemiskinan dan ketidakadilan.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"MS\">Apabila ditanya tentang konsep satu Malaysia sama ada ia selari dengan Islam beliau berkata \u201c konsep tersebut menganjurkan, inovasi, kreativiti, integriti, kebenaran dan ketepatan ini semua adalah sebahagian daripada prinsip Islam,<\/span><\/p>\n<p>Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar\u00a0 Dato\u2019 Mohamad Abdul Razak dan pegawai- pegawai kanan Universiti.<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JUMAAT, 20 OGOS 2010 16:53 Oleh Shahfizal Musa BANGI 19 \u00a0Ogos, 2010 \u2013 Seramai lebih daripada 900,000 pelajar\u00a0Institut Pengajian Tinggi<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/lebih-900000-pelajar-ipt-masih-tidak-berdaftar-sebagai-pengundi\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8705,"parent":1401,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-8707","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8708,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8707\/revisions\/8708"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}