{"id":8749,"date":"2010-08-12T00:00:44","date_gmt":"2010-08-12T00:00:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=8749"},"modified":"2015-05-21T06:22:22","modified_gmt":"2015-05-21T06:22:22","slug":"inovasi-sistem-pendidikan-perlu-lahirkan-pelajar-berdaya-saing","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/inovasi-sistem-pendidikan-perlu-lahirkan-pelajar-berdaya-saing\/","title":{"rendered":"Inovasi sistem pendidikan perlu lahirkan pelajar berdaya saing"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fogos-2010%2Finovasi-sistem-pendidikan-perlu-lahirkan-pelajar-berdaya-saing%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=8749&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><div class=\"newsitem_tools\">\n<div class=\"newsitem_info\" style=\"text-align: justify;\"><span class=\"createdate\"><img decoding=\"async\" class=\"border alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/dak%20skolah.jpg\" alt=\"\" border=\"0\" \/>KHAMIS, 12 OGOS 2010 16:43<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"newsitem_text\">\n<div class=\"news_item_article\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\"><strong>Oleh A Ghani Nasir<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\"><strong>BANGI,12 Ogos 2010<\/strong> &#8211; Segala inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Ini adalah satu daripada 31 usulan yang diterima pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke empat anjuran\u00a0Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) awal bulan ini di sini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Seminar itu berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Satu kenyataan yang dikeluarkan di akhir seminar itu juga merumuskan bahawa kurikulum sejarah adalah mata pelajaran penting untuk membina jatidiri dan identiti berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Inovasi dalam mata pelajaran itu seharusnya lebih bersifat kontekstual yang tertumpu ke arah membentuk pemikiran kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran sejarah yang selanjutnya dapat pula menanamkan minat pelajar untuk mempelajari subjek sejarah bermula di peringkat prasekolah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Mengenai usul kepemimpinan dan pentadbiran, seminar itu memutuskan pendidikan pelbagai budaya adalah strategi terbaik bagi mengendalikan kepelbagaian yang ujud dalam masyarakat majmuk yang boleh menimbulkan konflik dalam kepimpinan dan pentadbiran sistem pendidikan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Bagi menjamin kecemerlangan organisasi sekolah pula, dicadangkan elemen kemanusiaan (hubungan interpersonal, komunikasi, kerja berpasukan dan hubungan luar) dijadikan tunggak kepada kecemerlangan dalam kepimpinan sekolah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Berhubung ICT, peserta berpendapat para pendidik perlu memaksimumkan pengintegrasian ICT dalam penyusunan dan penginovasian pendidikan sejajar dengan kepesatan era teknologi bagi menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan dan meningkatkan pencapaian pelbagai jenis pelajar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Penyelaras ICT Sekolah perlu dilatih supaya mahir dalam aspek pengurusan makmal, penyenggaraan dan penyelenggaraan komputer, di samping Makmal ICT perlu diberikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melengkapkan segala kemudahan dan sumber.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Warga pendidik perlu menjadikan <em>Facebook <\/em>sebagai salah satu wadah perbincangan yang seterusnya dapat memartabatkan ICT dan membudayakan e-pembelajaran sebagai satu daripada bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Dalam usaha menggubal dasar ke arah berinovasi khususnya untuk menangani masalah sekularisme dan dualisme dalam falsafah ilmu yang diambil dari Barat terhadap pemikiran dan pendidikan masyarakat Islam, seminar merumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu menerapkan konsep kesepaduan atas paksi kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Peserta juga beranggapan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) dan semua polisi yang dirangka ke arah inovasi pendidikan negara perlu memastikan graduan yang dihasilkan oleh IPT menjurus kepada pembangunan holistik pelajar, yang mempunyai kemahiran generik\/insaniah cemerlang, agar graduan ini mampu memimpin dan bekerja dalam organisasi nasional dan global.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Sebarang keperluan dan kepentingan transformasi dan inovasi dalam pendidikan negara perlu menjurus ke arah penghayatan belajar seumur hidup, yang mampu menjadikan sistem pendidikan Malaysia <em>beyond excellence<\/em>, serta mewujud perimbangan antara akhlak dan moral, adab dan disiplin, akademik dan teknikal\/vokasional, dan nisbah lelaki dan wanita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Bagi memenuhi keperluan milenium baru dan dunia tanpa sempadan, peserta memutuskan bahawa kurikulum yang kemas dan bersifat futuris perlu diwujudkan bagi sistem pendidikan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Namun, seminar itu berpendapat bahawa satu mekanisme yang mampu menapis unsur-unsur yang negatif dan batil dari falsafah ilmu barat perlu diwujudkan supaya transformasi dan inovasi dalam pendidikan negara tidak mengancam kelangsungan agama rasmi, sistem nilai, kepercayaan dan budaya kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyentuh isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) seminar merumuskan bahawa dalam usaha menangani isu sensitif dan kontroversi yang sering terjadi dalam operasi pengurusan SAR dan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain,\u00a0satu Model Penyelarasan Kerjasama (MPK) yang menghimpunkan semua kuasa eksekutif dalam satu kelompok yang mempunyai struktur organisasi tersendiri dan carta alir penurunan, pembahagian dan bidang kuasa masing-masing perlu dibentuk.<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KHAMIS, 12 OGOS 2010 16:43 Oleh A Ghani Nasir BANGI,12 Ogos 2010 &#8211; Segala inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum sistem<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/inovasi-sistem-pendidikan-perlu-lahirkan-pelajar-berdaya-saing\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8746,"parent":1401,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-8749","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8749","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8749"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8749\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8750,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/8749\/revisions\/8750"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8749"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}