{"id":9432,"date":"2010-08-09T00:00:30","date_gmt":"2010-08-09T00:00:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9432"},"modified":"2015-05-23T07:46:44","modified_gmt":"2015-05-23T07:46:44","slug":"inovasi-berlaku-pantas-dalam-bidang-perubatan-kata-prof-morgan-penerima-ijazah-kehormat-ukm","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/inovasi-berlaku-pantas-dalam-bidang-perubatan-kata-prof-morgan-penerima-ijazah-kehormat-ukm\/","title":{"rendered":"Inovasi Berlaku Pantas dalam Bidang Perubatan, kata Prof Morgan, penerima ijazah kehormat UKM"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fogos-2010%2Finovasi-berlaku-pantas-dalam-bidang-perubatan-kata-prof-morgan-penerima-ijazah-kehormat-ukm%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9432&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/morgan.jpg\" alt=\"\" \/>ISNIN, 09 OGOS 2010 16:13<br \/>\n<strong>Oleh Kuah Guan Oo<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>BANGI, 9 Ogos 2010<\/strong> \u2013 Bidang Perubatan kini sedang menjalani suatu perkembangan amat pantas dengan wujudnya berbagai inovasi hingga ujud keadaan di mana sesuatu kaedah yang hari ini dianggap cekap dan selamat\u00a0 tidak lagi akan dapat diterimapakai\u00a0esok, demikian menurut seorang professor nuerosurgeri Australia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Dr Michael Kerin Morgan berkata selepas beliau pulang daripada berkhidmat di Mayo Clinic di Amerika Syarikat, di mana beliau telah mengikuti cara gurunya menjalankan pembedahan membuang tumbuhan di saluran urat otak, \u201ckiranya guru saya itu masih hidup dan melihat apa yang saya lakukan beliau tidak akan mengenali cara pembedahan itu.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cNamun begitu, saya percaya beliau akan faham dan bangga dengan perubahan yang berlaku,\u201d ujar beliau semasa berucap menerima ijazah Kerhormat Doktor Falsafah semasa Konvokesyen UKM Sabtu lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan yang dilantik sebagai Professor\u00a0Pelawat Neurosurgeri di Pusat Perubatan\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia\u00a0(PPUKM)\u00a0pada 1996 bertanggung jawab mengusahakan Unit Neurosurgeri\u00a0 di PPUKM dijadikan sebagai pusat rujukan peringkat kebangsaan bagi pembedahan otak dalam negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejak perlantikannya itu, beliau telah melatih pakar bedah neurosurgeri PPUKM menjalankan pembedahan yang komplek.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam ucapan penerimaannya, Prof Morgan berkata beliau berasa amat rendah diri dan terhormat menerima anugerah itu daripada sebuah universiti yang terkenal di dunia.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat menghargai dan berbangga dengan pencapaian Universiti Kebangsaan Malaysia dan doktornya.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepada ibubapa dan keluarga graduan, beliau berkata anak-anak mereka telah\u00a0dididik untuk membawa perubahan kepada dunia.\u00a0\u201cItulah tujuan sebuah universiti dan Universiti Kebangsaan Malaysia faham dan telah mencapai misi itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cUniversiti Kebangsaan Malaysia adalah sebuah universiti yang unggul kerana ia telah berjaya dalam bidang pendidikan untuk mencapai matlamat ini,\u201d katanya sambil merujuk kepada kejayaan UKM melahirkan sehingga 4,600 orang doktor perubatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAnda harus berbangga dengan prestasi anak anda, malah lebih berbangga dengan cara anak anda telah disediakan untuk membawa perubahan kepada dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAnda patut diberi tahniah kerana anda telah mendidik dan menyokong anak anda untuk tujuan ini,\u201d kata Prof Morgan kepada ibubapa dan keluarga\u00a0 para graduan yang hadir pada majlis itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan juga memberitahu para graduan bahawa mereka telah memperolehi suatu keistimewaan yang sarat dengan tanggungjawab.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAnda telah dipertanggungjawabkan untuk memberi\u00a0 khidmat\u00a0 terbaik.\u00a0 Dalam bidang perubatan, ini membawa erti penjagaan yang cekap dan selamat kepada pesakit.\u201d<\/p>\n<p>Beliau juga mengingatkan lulusan doktor baru bahawa cabaran bagi mereka ialah mereka harus terus menerus belajar. \u201cUniversiti Kebangsaan Malaysia telah menyediakan anda dengan kemahiran untuk menjadi seorang pelajar seumur hidup. Ini harus menjadi cita-cita anda, untuk menjadi cekap, selamat dan selalu menimba ilmu.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan menerima ijazah kedoktorannya daripada University of Sydney pada\u00a01980 dan Fellowship of the Royal\u00a0 Australasian College of Surgeons pada 1987. Beliau memperolehi Fellowship di Mayo Clinic (Department of Neurosurgery) pada 1988 dan dianugerahkan ijazah kedoktoran dalam Perubatan oleh University of Sydney pada 1991.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan memulakan kerjaya sebagai pensyarah kanan di University of Sydney pada 1989 dan dilantik sebagai professor dalam bidang neurosurgeri\u00a0oleh University of Sydney pada tahun 1998 hingga 2006.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Dekan, Australian School of Advanced Medicine, Macquarie University dan masih menyandang jawatan itu hingga kini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain dari menyelia pelajar sarjana dan doktor falsafah, Prof Morgan juga sangat aktif melibatkan diri dalam pengajaran dan latihan sarjana kepakaran, terutama dalam bidang bedah otak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau telah menyediakan latihan neurosurgeri di Royal North Shore Hospital, Sydney (1992-2003) dan merupakan ahli lembaga dalam bidang neurosurgeri di Royal Australian College of Surgeons semenjak 1999.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga sangat aktif dalam penerbitan dan telah menerbitkan lebih daripada 100 artikel dalam jurnal dan merupakan ahli lembaga editor untuk \u201cJournal of Clinical Neuroscience\u201d semenjak 1993.<\/p>\n<p>Terdahulu daripada itu, Prof Dato\u2019 Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, dalam ucap jasanya berkata Prof Morgan adalah seorang Pakar Bedah Otak yang terkemuka di dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Membedah otak bukan calang-calang pekerjaan kerana ia memerlukan orang seperti\u00a0 beliau yang pintar, mempunyai kemahiran pembedahan yang luar biasa dan berkeperibadian penyabar dan sentiasa tenang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan, katanya, telah memilih untuk memberi sumbangan yang khusus dan mendalam kepada perkembangan neurosurgeri di Malaysia, khususnya di UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBermula apabila beliau dilantik sebagai Professor Pelawat di Jabatan Surgeri UKM pada 1996, beliau terus melatih pakar-pakar neurosurgeri UKM sehingga kini.\u00a0 Ramai pakar-pakar neurosurgeri Malaysia juga dilatih beliau di Sydney.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSetiap tahun beliau juga ke Pusat Perubatan UKM melakukan pembedahan-pembedahan tumor, aneurisma cerebral, pembedahan stroke dan \u2018arteriovenous malformations\u2019 yang komplek sambil mengajar dan membimbing pakar-pakar tempatan,\u201d kata Prof Dato\u2019 \u00a0Lokman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga berkata kehadiran Prof Morgan di PPUKM dua hingga tiga kali setahun menjadikan Jabatan Surgeri UKM sebagai pusat rujukan pembedahan otak bagi kes-kes yang komplek dan mencabar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pernah satu ketika, apabila Prof Morgan diminta melakukan pembedahan otak yang kompleks ke atas seorang pesakit dari Singapura, beliau bersetuju melakukannya dengan syarat kes tersebut dirujuk dan dibawa ke PPUKM untuk beliau bedah. \u201cSesungguhnya, beliau adalah sebahagian dari warga UKM,\u201d\u00a0 katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Dato\u2019\u00a0 Lokman juga berkata Kuala Lumpur adalah kota kedua bagi Prof Morgan dan isterinya, Elizabeth, selepas Sydney, kota kelahirannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMelalui persidangan, seminar dan ceramah yang banyak beliau sampaikan kepada pakar-pakar neurologi dan neurosurgeri di Kuala Lumpur, Kota Baru dan Pulau Pinang, beliau sememangnya guru kepada pakar-pakar neurosurgeri di Malaysia.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Morgan juga bertanggungjawab membangunkan Hospital Macquarie University, iaitu hospital universiti pertama Australia, dan melalui hubungan erat\u00a0 antara UKM dan Macquarie University yang terpahat melalui MOU yang beliau pelopori, lebih ramai lagi pensyarah dan pakar-pakar muda UKM telah dan sedang menjalani latihan di Macquarie University, Sydney.<\/p>\n<p>\u201cKini, bukan sahaja dalam bidang neurosurgeri, tetapi juga bidang-bidang orthopedik, audiologi, sains pertuturan dan biokimia,\u201d tambah Dr Lokman.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><br \/>\n<strong><br \/>\nDiterjemah oleh Kuan Guan Oo<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/morgan%201.JPG\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/dsc_0127.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ISNIN, 09 OGOS 2010 16:13 Oleh Kuah Guan Oo BANGI, 9 Ogos 2010 \u2013 Bidang Perubatan kini sedang menjalani suatu<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/inovasi-berlaku-pantas-dalam-bidang-perubatan-kata-prof-morgan-penerima-ijazah-kehormat-ukm\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9430,"parent":1401,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9432","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9432","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9432"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9433,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9432\/revisions\/9433"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9430"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}