{"id":9473,"date":"2010-08-07T00:00:14","date_gmt":"2010-08-07T00:00:14","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9473"},"modified":"2015-05-23T09:23:00","modified_gmt":"2015-05-23T09:23:00","slug":"lebih-7000-graduan-menerima-ijazah-dalam-konvokesyen-ke-38-ukm-selama-empat-hari-mulai-hari-ini","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/lebih-7000-graduan-menerima-ijazah-dalam-konvokesyen-ke-38-ukm-selama-empat-hari-mulai-hari-ini\/","title":{"rendered":"Lebih 7,000 graduan menerima ijazah dalam Konvokesyen ke 38 UKM selama empat hari mulai hari ini."},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fogos-2010%2Flebih-7000-graduan-menerima-ijazah-dalam-konvokesyen-ke-38-ukm-selama-empat-hari-mulai-hari-ini%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9473&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/konvo-vc.jpg\" alt=\"\" \/>SABTU, 07 OGOS 2010 18:32<br \/>\n<strong>Oleh Mohd Safar Hasim<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 7 Ogos, 2010 \u2013 Seramai\u00a0 7,376 orang graduan menerima ijazah dalam konvokesyen ke 38 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama empat hari mulai hari ini,\u00a0menjadikan lebih 138,000 orang siswazah yang dilahirkan dalam 40 tahun penubuhannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jumlah yang\u00a0 akan menerima ijazah dalam\u00a0 konvokesyen kali ini terdiri daripada 233 graduan doktor falsafah, 183 ijazah sarjana kepakaran perubatan dan pergigian, 1,389 ijazah sarjana, 5,097 ijazah sarjanamuda, 402 diploma siswazah dan 72 diploma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sidang hari ini, Datuk H.M Rusli Zainal, Gobenor\u00a0Provinsi Riau, menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Pendidikan)\u00a0\u00a0\u00a0dan \u00a0Prof. Dr Michael Kerin Morgan\u00a0Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Neurosurgeri).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin melahirkan rasa bangga kerana\u00a0\u00a0selama enam tahun berturut-turut, UKM berupaya menghasilkan paling ramai lulusan PhD di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis Konvokesyen itu telah dirasmikan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut hadir dalam majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud,\u00a0 Pro-Canselor Tun Dato\u2019 Seri (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti,\u00a0 Tan Sri Dr Mazlan Ahmad, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi lain dan pegawai-pegawai kanan universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam ucapannya di Sidang pertama hari ini, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah menyatakan bahawa UKM hingga kini telah berjaya menyumbang modal insan kepada negara dengan melahirkan 1,619 PhD, 15,010 orang sarjana, 2,438 sarjana kepakaran perubatan dan 119,072 orang sarjana muda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kata Prof Tan Sri Sharifah Hapsah, jumlah 138,139 orang siswazah yang dilahirkan oleh UKM merupakan, satu jaringan alumi yang amat berpotensi dan sentaisa dimantapkan di dalam dan luar negara,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKita berbangga kerana dalam tempoh tersebut, UKM telah membuktikan keupayaanya menerajui bidang keilmuan terkini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, UKM telah membina suatu sistem jaminan kualti yang mantap. Pada tahun 2006 sistem ini diiktiraf Anugerah Kualiti Perdana Menteri. Pada tahun ini, sistem jaminan kualti UKM sekali lagi diiktiraf apabila diberikan status Swa-Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Status ini memberi kuasa autonomi kepada Senat universiti untuk meluluskan program pengajian, sistem penilaian dan pengijazahan serta pengambilan pelajar berpandukan standard tinggi yang ditetapkan oleh Senat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam penilaian SETARA\u00a0 yang memberi tumpuan kepada kualiti pengajian peringkat prasiswazah, UKM telah diletakkan dalam tahap 5 atau cemerlang. Kualiti program yang mantap telah berjaya menarik pelajar terbaik termasuk 2,583 orang pelajar antarabangsa dari 56 buah negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mengukuhkan program pengantarabangsaan, UKM telah menubuhkan pejabat antarabangsa yang pertama di Universitaet Duisburg-Essen, di Jerman. Pejabat ini akan mengukuhkan program dwi-ijazah dan meningkatkan pertukaran kakitangan di antara Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, dengan universiti tersebut dan universiti lain di Eropah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejak bermula 62 orang pelajar telah pun menerima dwi ijazah dan pada sidang ini tujuh orang lagi akan menerima iazah dari UKM pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk merancakkan lagi pengantarabangsaan, baru-baru ini kursus mobiliti global UKM yang bertujuan memperluaskan pegalaman pelajar telah berjaya menarik 78 orang pelajar dari 11 buah negara untuk mempelajari keunikan warisan budaya masyarakat indigen dan kelestarian negara kita bersama-sama dengan pelajar UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi penyelidikan UKM juga telah dinilai selepas tiga tahun dianugerah status universiti penyelidikan dan berjaya mengekalkan status itu dan kini ia akan terus menanda aras dengan yang terbaik di dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Tan Sri Sharifah berkata sebagai universiti penyelidikan, UKM mempunyai peranan penting dalam melaksanakan Agenda Inovasi Negara yang menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan sebagai landasan membangunkan modal insan berakhlak tinggi serta harta intelek yang menjana kekayaan, terutama melalui pengkomersialan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mempercepatkan agenda ini, UKM menubuhkan Pusat Inovasi Kolaboratif bagi menggerakkan satu sistem inovasi melalui kerjasama dengan pelbagai institusi di dalam dan luar negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata UKM berasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada para akademik UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam Majlis Profesor Negara yang ditubuhkan pada 1 April 2010 bagi menggembleng daya pemikiran para sarjana, pengerusinya adalah mantan Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, Timbalan Pengerusi disandang oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin, manakala ketua kluster adalah Prof Datuk Dr Halimah Badioze Zaman, Prof Dato\u2019\u00a0Dr Ibrahim Komoo dan Prof Datuk Dr Noor Azlan Mohd Ghazali kesemuanya dari UKM.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SABTU, 07 OGOS 2010 18:32 Oleh Mohd Safar Hasim BANGI, 7 Ogos, 2010 \u2013 Seramai\u00a0 7,376 orang graduan menerima ijazah<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/ogos-2010\/lebih-7000-graduan-menerima-ijazah-dalam-konvokesyen-ke-38-ukm-selama-empat-hari-mulai-hari-ini\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9471,"parent":1401,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9473","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9474,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9473\/revisions\/9474"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9471"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}