{"id":9855,"date":"2010-11-29T00:00:38","date_gmt":"2010-11-29T00:00:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9855"},"modified":"2015-05-27T07:31:04","modified_gmt":"2015-05-27T07:31:04","slug":"pelajar-pacasiswazah-perlu-pengiktirafan-antarabangsa","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/pelajar-pacasiswazah-perlu-pengiktirafan-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Pelajar Pacasiswazah perlu Pengiktirafan Antarabangsa"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fpelajar-pacasiswazah-perlu-pengiktirafan-antarabangsa%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9855&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ICPE1.jpg\" alt=\"\" \/>ISNIN, 29 NOVEMBER 2010 07:48<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Kuah Guan Oo<br \/>\nFoto oleh Saliman Leman<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKUALA LUMPUR, 27 Nov.\u00a0 2010 \u2013 Pelajar\u00a0 pascasiswazah perlu mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk menjadi warga dunia yang\u00a0 boleh berkhidmat melintasi sempadan tanpa perlu untuk berasimilasi tetapi bersedia menerima perbezaan dan kepelbagaian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMenteri Pengajian Tinggi, Dato\u2019 Seri Mohamed Khalid Nordin berkata pendidikan kini sudah diiktiraf sebagai faktor yang boleh membawa kepada kejayaan ekonomi\u00a0dan dengan itu telah diberi perhatian sewajarnya dalam agenda politik banyak negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSebab itulah kalangan institusi pendidikan tinggi perlu mengeluarkan siswazah yang diiktiraf di pasaran antarabangsa. Institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia perlu mengukuhkan ketelusan dan boleh menghadapi perbandingan kelayakan keluaran mereka di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMerasmikan Persidangan Antarabangsa ke-4 untuk Pendidikan Pascasiswazah di sini Sabtu lepas, beliau berkata kerajaan Malaysia sedar akan perubahan besar yang sedang berlaku dalam bidang ekonomi, politik, perhubungan, sosial dan kebudayaan dunia dan telah mengambil langkah tegas membuka pintu pendidikan pasasiswazahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cMasyarakat yang meningkatkan tahap keintelektualan boleh membina kehidupan di mana semua orang tidak kira keturunan, taraf dan latarbelakang boleh hidup bersama setaraf,\u201d katanya dalam ucapan dibacakan oleh Prof Dr Rose Alinda Alias, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) yang juga Pengerusi Dekan Pengajian Siswazah Malaysia (MyDEGs).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPersidangan itu dihadiri oleh ahli akademik, penyelidik, pelajar pascasiswah dan pentadbir daripada 22 institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPersidangan dua hari itu, dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membincangkan tujuh kertas kerja dibentang oleh pakar pendidikan serta satu forum\u00a0 mengenai isu-isu pendidikan pascasiswazah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ICPE2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ICPE3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Di antara yang hadir adalah Dr Christopher Hill dari Universiti Nottingham; Prof Geoffrey R Tomlinson dari Universiti Sheffield; Prof Dr Kurunathan Ratnavelu dari Universiti Malaya; Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang dari Universiti Teknologi Malaysia dan Encik Kim Kihyoung dari Yayasan Penyelidikan Kebangsaan Korea.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKhalid berkata: Kerajaan Malaysia yakin bahawa jika ia tidak membenarkan langkah mensejagat dan meliberalisasikan sistem pendidikan tingginya, tentunya ia akan jauh ketinggalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPendidikan, katanya, bukan saja satu hak untuk diperolehi tetapi hasilnya juga perlu dinikmati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDengan universiti semakin dianggap sebagai institusi yang menghasilkan pengetahuan dan maklumat, ia perlu dilihat sebagai agen untuk pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berpengetahuan, kata Menteri. Malaysia telah mengambil beberapa langkah perundangan untuk meningkatkan daya saing global sistem pendidikan tinggi negara dan menjadikannya\u00a0pusat serantau pendidikan dimana pengajian pasca ijazah keluarannya mendapat pengiktirafan antababangsa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMengulas persetujuan anatara anggota Kesatuan Eropah (EU) dibawah Perjanjian Bologna berkuatkuasa tahun ini di mana ijazah anugerah\u00a0sebarang negara EU diiktiraf di semua negara anggota kesatuan itu, beliau berkata pengiktirafan seumpama itu seharusnya diperluaskan meliputi seluruh dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDengan globalisasi dianggap sebagai satu kuasa lebih kuat daripada gabungan perindustrian, perbandaran dan fahaman sekular, mereka semua mengiktiraf betapa pentingnya pendidikan sebagai satu syarat bagi kejayaan ekonomi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDengan menggunakan langkah meliberalisasikan sektor pendidikan tinggi dan bukannya mengubah peraturan universiti awam pada tahun-tahun pertengahan 1990-an, Khalid berkata kerajaan memperkenalkan satu siri undang-undang mentadbir kedua-dua pendidikan awam dan swasta, iaitu Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan\u00a0Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Nasional 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Universiti dan Kolej (Pindaan) 1996.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ICPE4.jpg\" alt=\"\" \/>Akta Pendidikan Swasta 1996 kemudian dipinda pada 2003 dengan tujuan khusus menyediakan kerangka perundangan dalam pentadbiran kolej swasta tempatan yang dinaiktaraf kepada universiti swasta selain cawangan kampus ditubuhkan oleh universiti asing di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cProses memperbadankan universiti awam adalah untuk menjamin bahawa ia menjadi lebih berdikari di segi pembiayaan, menjalankan kerjasama perniagaan, menubuhkan syarikat dan firma perunding selain memperoleh dan memegang saham pelaburan,\u201d kata Menteri itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDi bawah kerangka lebih menarik itu sejajar dengan undang-undang, universiti awam bukan saja mula mengfrancais program kepada kolej swasta tetapi diiringi dengan perjanjian pengajaran,\u00a0 belajar dan penyelidikan anjal mereka bertindak ke arah keusahawan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKhalid juga berkata penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) pada 2004 menjamin tadbir-urus kedua-dua universiti awam dan swasta, manakala Rancangan Bertindak Pendidikan Tinggi Negara 2007 hingga 2010 diperkenalkan pada Ogos 2007 sebagai menyahut perubahan dalam keadaan sosio-ekonomi dan politik negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cMemandangkan persekitaran pendidikan tinggi global mengalami perubahan besar, Rancangan Strategik Pendidikan Tinggi Negara 2020 merangkakan tujuh matlamat perubahan besar iaitu: membuka luas peluang dan meningkatkan kualiti; membaiki\u00a0 kualiti pendidikan dan pengajaran; meningkatkan pengyelidikan dan inovasi; memperkukuhkan institusi pengajian tinggi; meningkatkan keantarabangsaan; membudayakan pengajian sepanjang hayat dan akhirnya menguatkan sistem penyampaian MOHE.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMenteri berkata dalam mengejar cita-cita tinggi itu, kerajaan sekali lagi meminda dengan banyaknya peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti pada Disember 2008 untuk membaiki lagi tadbir-urus dan mengurangkan birokrasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIa bukan saja memperkenalkan lebih ramai profesional dalam anggota lembaga pengarah universiti awam tetapi begitu juga lembaga pemilihan akan melantik setiap Naib Canselor universiti awam, yang mempunyai kuasa untuk memanjangkan perkhidmatan ahli akademik melepasi usia persaraan mereka secara kontrak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSehingga\u00a0 kini, universiti asing yang mempunyai\u00a0 kampus cawangan di Malaysia termasuklah:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Universiti Nottingham di Semenyih (2005) dengan 2,700 pelajar dari 50 negara.<\/li>\n<li>Universiti Monash di Petaling Jaya (1998) dengan 4,000 pelajar.<\/li>\n<li>Universiti Curtin di Miri, Sarawak\u00a0 (1999) dan<\/li>\n<li>Universiti Teknologi Swinburne di Kuching (2002).<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKhalid berkata empat kampus cawangan ini mengendalikan 84 program manakala 19 universiti United Kingdom mengendalikan 110 program berkembar yang diakreditasikan dengan Pendaftar Kelayakan Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDi samping itu, 18 universiti Australia menawarkan 71 program berkembar, manakala institusi di negara-negara seperti New Zealand, Amerika Syarikat, Mesir dan Jordan juga menawarkan kursus seumpama itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nHasilnya, kata Khalid, dengan mempunyai pelajar pascasiswazah berkualiti akan membantu universiti kita memberi tumpuan menjalankan lebih banyak projek penyelidikan dan pembangunan yang akhirnya menguntungkan negara. Ia sekaligus menambah lagi hasilmahsul pelancongan, beliau menambah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSebelum itu, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato\u2019\u00a0Dr\u00a0 Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam ucapan aluannya berkata ahli akademik perlu memberi fokus kepada nilai-nilai dan kerangka kerja sejagat untuk membolehkan mereka kekal dalam dunia yang terus berubah dengan begitu cepat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cMalah universiti sebagai pengeluar\u00a0orang berpengetahuan, adalah pencetus penting dalam mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan dengan meningkatnya pertukaran merentasi sempadan, kesejagatan seharusnya diterima dengan hati terbuka,\u201d katanya dalam ucapan dibacakan oleh Dekan UKM Graduate School of Business, Prof. Dr Fauzias Mat Nor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau\u00a0 juga berkata UKM sendiri sentiasa terlibat dalam proses intensif untuk berubah dan membentuk semula bagi menjamin ia sentiasa bersedia memenuhi keperluan global, mengeluarkan\u00a0 graduan pascasiswzah yang cekap dan beretika, bersaing dan berkolaborasi dalam usaha yang akan meningkatkan pembangunan keseluruhan pendidikan tinggi di rantau ini.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terjemahan oleh Abdul Ghani Nasir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ISNIN, 29 NOVEMBER 2010 07:48 Oleh Kuah Guan Oo Foto oleh Saliman Leman KUALA LUMPUR, 27 Nov.\u00a0 2010 \u2013 Pelajar\u00a0<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/pelajar-pacasiswazah-perlu-pengiktirafan-antarabangsa\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9853,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9855","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9855","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9855"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9855\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9856,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9855\/revisions\/9856"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9855"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}