{"id":9919,"date":"2010-11-19T00:00:27","date_gmt":"2010-11-19T00:00:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9919"},"modified":"2015-05-28T02:10:38","modified_gmt":"2015-05-28T02:10:38","slug":"ukm-akan-perkenal-program-phd-berasaskan-pengalaman-industri","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/ukm-akan-perkenal-program-phd-berasaskan-pengalaman-industri\/","title":{"rendered":"UKM akan perkenal program PhD berasaskan pengalaman industri"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fukm-akan-perkenal-program-phd-berasaskan-pengalaman-industri%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9919&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20SPRM1.jpg\" alt=\"\" \/>JUMAAT, 19 NOVEMBER 2010 17:26<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\nFoto oleh Penerbit UKM<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKUALA LUMPUR, 19 Nov, 2010 \u2013\u00a0UKM akan melancarkan satu program Pengajian PhD berlandaskan Industri di mana pemegang ijazah pertama yang mempunyai pengalaman kerja dalam sesuatu bidang khusus selama lima tahun boleh memohon.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPelajar ini dibenarkan kekal di mana mereka berada dan membuat thesis berdasarkan apa yang mereka ditugaskan dan jalankan, demikian diumumkan Nabi Canselor UKM Prof Tan Sri Dato\u2019 Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau berkata: \u201cSaya kira kita kini perlu bergerak ke depan. Kita tukar gear. Pegawai yang sudah memperoleh ijazah Sarjana boleh buat PhD, tetapi kini kita iktiraf juga pengalaman bekerja. Pemegang ijazah pertama yang mempunyai pengalaman kerja dalam sesuatu bidang khusus selama lima tahun boleh juga memohon.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBerucap di majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) yang baru, Prof Sharifah Hapsah mengumumkan bahawa UKM juga akan menawarkan kursus pengajian mengenai rasuah di peringkat PhD kepada pegawai SPRM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIni adalah langkah ke depan yang wajar \u00a0berikutan UKM dan SPRM sudah pun berjaya melaksanakan kerjasama bagi pengajian peringkat Sarjana sejajar perjanjian kerjasama 2007-2010 yang telah dimeterai sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSejajar perjanjian pertama itu, enam pegawai SPRM dianugerah ijazah Sarjana (Pengajian Rasuah) UKM pada Majlis Konvokesyen ke-38 Ogos lalu manakala kumpulan kedua seramai tujuh orang pegawai dijangka menamatkan pengajian pada penghujung\u00a0sesi 2010-2011.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20SPRM2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20SPRM3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Prof. Sharifah Hapsah berkata program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)\u00a0 bertujuan melatih dan melahirkan pegawai kanan SPRM khususnya yang berilmu dan berwibawa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cPegawai-pegawai ini akan dapat mengadun teori dan praktikal dalam menghadapi tugas SPRM membanteras dan mencegah rasuah di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cProgram ini diharap akan dapat menambah ilmu pengetahuan pegawai ini bagi meningkatkan profesionalisme dalam melaksanakan tuas menghadapi perlakuan jenayah rasuah yang semakin canggih kesan globalisasi dan perkembangan teknologi informasi,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau juga turut menawarkan pensijilan UKM kepada kursus jangka pendek dianjurkan SPRM di Akademinya berikutan sambutan amat memberangsangkan terutama daripada negara asing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau menjelaskan\u00a0jika kursus itu dianjurkan bersama, pensijilan mudah diperolehi melalui Senat Universiti saja memandangkan UKM adalah pusat pengajian tinggi yang telah diberi hak swaakreditasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nCuma pelajar peringkat sijil ini perlu memenuhi pengajian selama 80 jam, katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim bin Mohamed ketika berucap berkata UKM dipilih kerana ia antara universiti terulung di negara ini yang mengendalikan program dalam bidang ilmu sains sosial dan kemanusiaan yang bukan saja menekankan pengajaran tetapi juga membentuk graduan yang berfikiran kritis, bermoral dan mempunyai kemahiran berkomunikasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProgram itu juga adalah antara usaha dan inisiatif dijalankan bagi meningkatkan kapasiti dan kebolehan pegawai SPRM dengan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sebagai pusat latihan pencegahan rasuah pertama diwujudkan di rantau Asia Pasifik yang menawarkan pembelajaran yang lebih profesional dan sistematik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDi majlis itu, Prof Sharifah Hapsah dan Dekan FSSK, Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah menandatangani bagi pihak UKM manakala SPRM diwakili Datuk Seri Abu Kassim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaafar.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JUMAAT, 19 NOVEMBER 2010 17:26 Oleh Abdul Ghani Nasir Foto oleh Penerbit UKM KUALA LUMPUR, 19 Nov, 2010 \u2013\u00a0UKM akan<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/ukm-akan-perkenal-program-phd-berasaskan-pengalaman-industri\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9915,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9919","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9919","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9919"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9919\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9920,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9919\/revisions\/9920"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9919"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}