{"id":9932,"date":"2010-11-16T00:00:07","date_gmt":"2010-11-16T00:00:07","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9932"},"modified":"2015-05-28T02:40:26","modified_gmt":"2015-05-28T02:40:26","slug":"pelajar-psikologi-kaunseling-ukm-dampingi-golongan-terbiar-di-kl","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/pelajar-psikologi-kaunseling-ukm-dampingi-golongan-terbiar-di-kl\/","title":{"rendered":"Pelajar Psikologi Kaunseling UKM dampingi golongan terbiar di KL"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fpelajar-psikologi-kaunseling-ukm-dampingi-golongan-terbiar-di-kl%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9932&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/gelandangan1.jpg\" alt=\"\" \/>SELASA, 16 NOVEMBER 2010 10:51<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\nFoto oleh Saliman Leman<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 16 \u00a0Nov. 2010 \u2013 Terpaksa tidur di kaki lima setiap malam manakala pada sebelah siang hari mengumpulkan kotak untuk dijual bagi mendapatkan sesuap nasi \u2013 beginilah nasib malang seorang daripada lelaki golongan terbiar di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPenderitaan dan kemelaratan lelaki berasal Sabah ini terdedah ketika dia tampil mengambil bungkusan makanan yang diberikan percuma oleh Pertiwi Soup Kitchen di sebatang lorong dekat Medan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProfesor Dr Rohany Nasir dari Pusat Pengajian Psikologi Kaunseling, Fakulti Sains Sosial and Kemanusiaan, UKM, yang menemui lelaki itu menceritakan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cLelaki ini telah datang ke Kuala Lumpur dari Sabah sembilan tahun lalu dengan penuh harapan tetapi gagal mendapat sebarang pekerjaan dan telah terpaksa hidup gelandangan sejak itu. Dia cuma mampu melakukan kerja mengumpul kotak kertas untuk dijual setiap hari tetapi tidak mampu mendapatkan rumah menyebabkan dia terpaksa tidur di kaki lima.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cDia enggan kembali ke Sabah kerana katanya keadaan hidup akan lebih teruk lagi di sana,\u201d kata Prof Rohany yang turut sama membahagikan makanan kepada golongan terbiar sejak Jun lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBungkusan makanan berisi nasi, lauk, telur dan buah itu dengan nilai RM4 itu diberikan oleh Pertiwi Soup Kitchen dikendalikan oleh Puan Munirah Abdul Hamid. Penerima turut diberikan minuman. Program mendampingi masyarakat itu dijalankan pada setiap malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi Prof Rohany apa yang jelas adalah hanya setelah mendekati, berbual dan menyelami isi hati golongan terbiar inilah baru kita faham dan prihatin akan penderitaan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nGolongan terbiar ini biasanya bukan saja menjadikan kaki lima tempat tidur malah sering dilihat baring beralaskan kertas atau tikar di bawah jambatan dan stesen bas di tengah bandar raya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDalam usaha mendekat dan mengenalkan pelajar UKM dengan keadaan sebenar yang membelenggu kehidupan golongan terbiar inilah, Prof Rohany menggalakkan pelajar pascasiswazah khususnya dalam bidang pengajian Sarjana Psikologi\u00a0 Kaunseling agar \u2018turun padang\u2019 menjadi sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi sebahagian daripada mereka program itu adalah pendedahan pertama kepada kegiatan kebajikan manakala tidak kurang juga yang sudah lama melibatkan diri dalam kerja-kerja bantuan seperti menolong mangsa banjir, membantu meringankan beban murid miskin dan pelbagai kegiatan lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/gelandangan3.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/gelandangan4.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>\u201cHanya setelah kita mendampingi mereka barulah kita ketahui keadaan kehidupan mereka yang sebenar. Jika tidak kita tidak mungkin dapat memahami isi hati dan keperluan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cBegitu juga apabila kita sudah mendekati golongan terbiar seperti di tengah-tengah KL itu kita dapat tengok sendiri dan menjadi prihatin akan penderitaan mereka ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cKita menjadi lebih sensitif dan tidak terlalu terkongkong dengan zon selesa dan keempukan kita selama ini,\u201d kata Prof \u00a0Rohany.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau yang pernah terlibat dalam kerja membantu mangsa banjir sejak di bangku sekolah sekitar tahun 60-an di negeri asalnya Kelantan, menarik perhatian betapa kita tidak mungkin tahu dan kenal orang dalam sub-budaya berbeza daripada kita tanpa mendampingi golongan terbabit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cKita tidak akan dapat memahami dan mengandaikan nilai kita sama dengan mereka pada hal ia berbeza. Bagi pelajar saya khususnya peringkat Sarjana Psikologi Kaunseling tentunya mereka akan lebih prihatin dan merasa empati dengan golongan terpinggir setelah menemui, melihat dan mendampingi mereka ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDalam usaha menggembleng tenaga pelajar , Presiden Kelab Sosial Siswazah FSSK, Mejar Mohamed Rosly Darasid, 41, memberitahu kelab itu sentiasa menggalakkan ahlinya bergiat mendekatkan diri dengan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIa baru saja ditubuhkan bukan hanya untuk menjaga kebajikan pelajar dan pensyarah tetapi mahu pelajar terlibat dengan lebih giat dalam pelbagai kerja kebajikan dan bantuan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSalah seorang pelajar sukarelawan Muhammad Adnan Abdullah, 45, yang berharap dapat menamatkan pengajiannya tidak lama lagi sudah bergiat dalam kerja kebajikan sejak 2003. Ketika menjadi guru lagi beliau giat membantu pelajar miskin dan saudara baru di kampungnya di Kuala Pilah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/gelandangan2.jpg\" alt=\"\" \/>Beliau \u2018turun padang\u2019\u00a0membantu Pertiwi Soup Kitchen bersama Rabiah Abdul Latif, 23, dan Hafizah Azlan, 25. Empat lagi pelajar UKM yang menjadi sukarelawan adalah Lim Hooi Shan, 23; Norizan Hassan, 24, Sharifah Azliza Syed Alwi, 25, dan Chang Wei Hsien, 24.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi Adnan pengajian di peringkat sarjana menambah lagi ilmu beliau dalam bidang kaunseling dan banyak membantunya dalam menjalankan tugas kebajikan di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau yang juga ahli perniagaan, berharap akan berusaha mendampingi pula belia yang suka melepak dengan membahagi pakej makanan sama seperti dilakukan Pertiwi Soup Kitchen.<\/p>\n<p>\u201cDengan mendekati mereka saya mungkin dapat memahami isi hati mereka dan membawa mereka melakukan kerja yang lebih manfaat,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSebanyak 150 hingga 200 bungkusan makanan diedarkan setiap kali menggunakan sebuah van didermakan oleh Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELASA, 16 NOVEMBER 2010 10:51 Oleh Abdul Ghani Nasir Foto oleh Saliman Leman BANGI, 16 \u00a0Nov. 2010 \u2013 Terpaksa tidur<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/pelajar-psikologi-kaunseling-ukm-dampingi-golongan-terbiar-di-kl\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9928,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9932","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9932","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9932"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9932\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9933,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9932\/revisions\/9933"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9928"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9932"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}