{"id":9946,"date":"2010-11-15T00:00:12","date_gmt":"2010-11-15T00:00:12","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9946"},"modified":"2015-05-28T03:16:05","modified_gmt":"2015-05-28T03:16:05","slug":"stesen-penyelidikan-makmal-hidup-ukm-dibuka-untuk-pelancongan","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/stesen-penyelidikan-makmal-hidup-ukm-dibuka-untuk-pelancongan\/","title":{"rendered":"Stesen Penyelidikan \u201cMakmal Hidup\u201d UKM dibuka untuk Pelancongan"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fstesen-penyelidikan-makmal-hidup-ukm-dibuka-untuk-pelancongan%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9946&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism1.jpg\" alt=\"\" \/>ISNIN, 15 NOVEMBER 2010 15:37<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Kuah Guan Oo<br \/>\nFoto oleh K Eco Tourism Sdn Bhd<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI,\u00a015\u00a0Nov. \u00a02010 &#8211;\u00a0 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka pintu tujuh stesen penyelidikannya untuk pelancongan menerusi pelbagai pakej membolehkan pelancung mengalami, melihat dan menimba ilmu alam sekitar serta tumbuh-tumbuhan and haiwan dalam habitat asli mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nStesen-stesyen itu yang dianggap sebagai \u201cmakmal hidup\u201d\u00a0 ialah Pusat Penyelidikan Tasik Chini (Pahang), Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin Mersing (Johor), Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (Pahang), Penyelidikan di Hutan Lipur Lata Jarum (Pahang), Penyelidikan di Sungai Pulai (Johor), Pusat Penyelidikan Langkawi (Kedah) dan Hutan Simpan Bangi di UKM yang mengandungi Taman Paku Pakis dan Taman Herba.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKecuali Stesen Sungai Pulai and Hutan Simpan Bangi yang memerlukan lawatan se-tengah hari sahaja, pakej lawatan ke stesen lain yang ditawarkan ialah untuk dua hari satu malam atau tiga hari dua malam di mana pelawat \u00a0berpeluang melihat dari dekat kehidupan penduduk tempatan termasuk orang asli.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMereka akan dapat menghayati kenapa alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan perlu dipelihara dan di pulihhara oleh saintis dan penyelidik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPakej pelancongan ini yang dipanggil \u201cEkopelancong Ilmu\u201d telah ditawarkan oleh Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato\u2019 Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin semasa beliau memberi taklimat kepada \u00a0Menteri Pelancongan, Dato\u2019 Seri Dr Ng Yen Yen sempena lawatan kerjanya ke UKM Khamis (11 Nov 2010) lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cMatlamat UKM ialah untuk menambah nilai kepada ekopelancongan dengan berkongsi ilmu menerusi modul lawatan yang disusun dengan rapi, selain modul latihan untuk pemandu pelancongan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM, katanya, adalah wadah ilmu mengenai alam sekitar, biodiversiti serta cara hidup penduduk tempatan dan ilmu itu boleh dipanjangkan kepada orang ramai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIni adalah cara terbaik untuk mengadakan \u201clawatan bertanggungjawab ke\u00a0 alam semula jadi untuk merasai, menghayati disamping menimba ilmu daripada penyelidikan ke atas ekosistem serta pelbagai usaha yang dijalankan untuk memulihara biodiversiti dan meningkatkan kesejahteraan pendudukan tempatan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan\u00a0 dengan menjaringkan rangkaian portal pakej ekopelancongan UKM (<a href=\"http:\/\/myktours.com\/\">myktours.com<\/a>) ke portal kementerian; mempromosikan tawaran pakej ekopelancongan itu kepada agensi dan persatuan pelancongan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Prof Syarifah Hapsah juga mengesyurkan Kementerian Pelancungan melantik UKM untuk mengendalikan kursus latihan dan pentauliahan pemandu pelancongan Ekopelancongan Ilmu UKM ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nModul\u00a0latihan itu boleh dijalankan dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan lain-lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM juga memohon bantuan dana daripada Kementerian itu untuk membina beberapa kemudahan asas untuk pelawat seperti kawasan khemah, tandas kekal eko dan penjana kuasa bebas, tempat menghendap burung, \u201ccanopy walk\u201d, rumah pemuliharaan atau konservatori untuk paku-pakis gunung dan iklim sederhana serta geran penyelidikan untuk menyediakan piawaian ekopelancongan ilmu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDr Ng, dalam ucapannya, menerima baik tawaran UKM itu dan berkata ia boleh merangsangkan industri pelancongan yang kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan negara.\u00a0 Beliau juga berkata negara memerlukan pemandu pelancongan yang terlatih yang boleh menyampaikan maklumat tepat mengenai tempat tarikan pelancongan, kebudayaan, negara serta rakyatnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPakej ekopelancongan ilmu dan program latihan pemandu pelancongan diuruskan oleh K. Eco Tourism Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism7.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism4.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Di bawah pakej untuk Tasik Chini, pelawat berpeluang menjejak denai alam semula jadi, merasa makanan istimewa hutan, merentasi tasik yang penuh dengan bunga teratai pada siang atau malam, mendengar cerita atau kaedah mengubati penyakit mengikut cara orang asli daripada Tok Batin atau melihat matahari terbit di tasik air tawar yang kedua terbesar di negara yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Biosfera Simpan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPelawat dan pelancung juga boleh melihat bagaimana penyelidik menangkap pelbagai kelawar, katak dan lain-lain haiwan untuk kajian sebelum dibebaskan semula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPelawat ke stesen Mersing pula berpeluang mengail ikan atau mencandat sotong (ikut musim), menjejak denai hutan, menyelam atau \u201cscuba diving\u201d, melawat pekan Mersing, kilang keropok,\u00a0ladang kambing\/lembu atau menonton persembahan budaya tempatan, selain menikmati makanan laut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism5.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism4.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Bagi mereka yang sukakan tanah tinggi, Stesen Bukit Fraser memberi peluang melihat kecantikan kupu-kupu, rama-rama, burung serta paku-pakis dan orkid selain menjejak denai dan melihat kerja kejuteraan bio penyelidik. Mereka juga boleh berenang di Air Terjun Jeriau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDi Lata Jarum pula, mereka boleh menikmati alam semula jadi yang indah, menjejak denai hutan dan berpeluang melihat bunga terbesar\u00a0 didunia, Rafflesia, selain burung hutan, orkid, rama-rama, kupu-kupu serta sarang lebah hutan yang bergantung di dahan pohon Tualang yang tinggi. Mereka juga boleh membuat trekking pada malam dan memakan buah seperti durian dan dokong mengikut musimnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPelawat ke stesen Sungai Pulai akan menaiki bot laju untuk melihat hutan bakau, hidupan air dan burung laut di habitat mereka. Kalau mereka bernasib baik, mereka berpeluang melihat ikan lumba-lumba atau memerang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nLawatan ke Hutan Simpan Bangi pula melibatkan Taman Herba dan Paku-Pakis di mana pelawat akan mengetahui pelbagai herba dan kegunaannya, serta cara membiak paku-pakis. Pelawat berpeluang menjejak denai hutan yang juga habitat hidupan liar seperti burung dan kera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPengurus Kanan Urus Niaga K. Eco Tourism, Cik Faa\u2019iqa bt Abdul Rashid, berkata mereka akan bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk menawarkan pakej UKM itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cBuat masa ini, kami sedang membuat persiapan untuk membawa pegawai kanan agensi pelancongan ke stesen-stesyen penyelidikan UKM untuk merasai apa yang kita tawarkan itu,\u201d tambahnya. \u2013 Portal Berita UKM<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism0.jpg\" alt=\"\" \/>Cik Faa\u2019iqa bt Abdul Rashid boleh dihubungi di: <a href=\"mailto:info@myktours.com\">info@myktours.com<\/a> atau<br \/>\nTel: 603 8921 3545<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism8.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/ecotourism6.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ISNIN, 15 NOVEMBER 2010 15:37 Oleh Kuah Guan Oo Foto oleh K Eco Tourism Sdn Bhd BANGI,\u00a015\u00a0Nov. \u00a02010 &#8211;\u00a0 Universiti<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/stesen-penyelidikan-makmal-hidup-ukm-dibuka-untuk-pelancongan\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9944,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9946","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9946","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9946"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9946\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9947,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9946\/revisions\/9947"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9944"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9946"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}