{"id":9960,"date":"2010-11-11T00:00:15","date_gmt":"2010-11-11T00:00:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9960"},"modified":"2015-05-28T03:50:20","modified_gmt":"2015-05-28T03:50:20","slug":"penyelidik-ukm-bantu-dua-ngo-perangi-dadah","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/penyelidik-ukm-bantu-dua-ngo-perangi-dadah\/","title":{"rendered":"Penyelidik UKM bantu dua NGO perangi dadah"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fpenyelidik-ukm-bantu-dua-ngo-perangi-dadah%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9960&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/hadari-bm1.jpg\" alt=\"\" \/>KHAMIS, 11 NOVEMBER 2010 18:32<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\nFoto oleh Abd Raai Osman<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBANGI, 11 Nov. 2010 \u2013\u00a0Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membantu dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menggiatkan lagi usaha memerangi penyalahgunaan dadah dengan termeterainya Surat Hasrat Untuk Bekerjasama antara mereka hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMengikut Surat Hasrat itu, UKM akan bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM juga akan bekerjasama menganjurkan seminar, bengkel dan lain-lain program pembangunan insan selain berkongsi maklumat dan sumber ilmu dalam membangunkan ummah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM diwakili Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato\u2019 Dr Mohd Yusof Othman; Pertiwi oleh Ketua Satunya, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dan Pemadam oleh Setiausaha Biro Antarabangsa, Mustapha Ma di majlis menandatangani Surat Hasrat Untuk Bekerjasama itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSatu forum bertajuk \u201cWanita Memerangi Dadah\u201d\u00a0telah diadakan sempena acara itu dengan disertai Dzulfefly Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar Negeri; DSP Nafisah Adam, dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Lasimon Matokrem, Pengarah Pencegahan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nFelo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, Prof.Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal bertindak sebagai moderator.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDzulfekly berkata perhatian diberikan juga kepada wanita berikutan peningkatan bilangan mereka yang mudah menjadi \u2018keldai dadah\u2019 sejak akhir-akhir ini walaupun pada hakikatnya peratusan mereka yang menagih kurang dari dua peratus daripada 280,000 penagih di negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau mengingatkan ahli keluarga khususnya ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat kegiatan anak-anak mereka terutama yang secara tiba-tiba ingin bercuti ke luar negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMereka harus tahu dengan siapa dan ke mana anak-anak mereka itu hendak pergi demi mengelak golongan muda terutama wanita mudah menjadi mangsa dengan dijadikan \u2018keldai dadah\u2019 oleh sindiket dan lelaki kasanova.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nAkibat sikap leka dan lepas tangan ini, ramai wanita tertipu. Hingga kini sembilan wanita Malaysia telah dihukum mati iaitu empat di Thailand, dua di Singapura dan tiga di China kerana kesalahan membawa dadah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/hadari2.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/hadari3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Selain itu 24 lagi wanita Malaysia sedang ditahan dalam penjara di Thailand, 18 di Australia dan 16 di China dengan yang paling muda berusia 19 tahun dan paling tua 52 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nSiasatan menunjukkan hampir semua \u2018keldai dadah\u2019 itu tidak mempunyai rekod jenayah di Malaysia dan biasanya bekerja dalam jurusan penjualan dan perkhidmatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDzulkefly mengingatkan wanita agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja dengan janji gaji lumayan. Mereka juga harus sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan pujuk rayu pemuda luar negara yang dikategorikan sebagai kasanova.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nLasimon pula menjelaskan AADK menganjurkan program Outreach (Dampingi) dengan golongan bermasalah dan keluarga yang berisiko tinggi yang terdedah kepada penyalahgunaan dadah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIa juga menganjurkan program Ziarah Kasih; Anakku Permataku selain menjalankan rancangan membantu pemulihan oleh kumpulan kaunselornya di samping gerakan antidadah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nForum turut diberitahu oleh DSP Nafisah bahawa PDRM banyak bergantung pada maklumat perisikan dalam usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nPada amnya masalah penyalahgunaan dadah di negara ini terkawal berbanding dengan negara lain terutamanya Amerika Latin.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal-bm.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KHAMIS, 11 NOVEMBER 2010 18:32 Oleh Abdul Ghani Nasir Foto oleh Abd Raai Osman BANGI, 11 Nov. 2010 \u2013\u00a0Penyelidik Universiti<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/penyelidik-ukm-bantu-dua-ngo-perangi-dadah\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9958,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9960","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9960"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9961,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9960\/revisions\/9961"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9958"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}