{"id":9991,"date":"2010-11-09T00:00:46","date_gmt":"2010-11-09T00:00:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/?page_id=9991"},"modified":"2015-05-28T04:22:56","modified_gmt":"2015-05-28T04:22:56","slug":"ukm-ijn-bersetuju-bekerjasama-selidik-penyakit-jantung-dan-paru-paru-dengan-universiti-geneva","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/ukm-ijn-bersetuju-bekerjasama-selidik-penyakit-jantung-dan-paru-paru-dengan-universiti-geneva\/","title":{"rendered":"UKM, IJN bersetuju bekerjasama selidik penyakit jantung dan paru-paru dengan Universiti Geneva"},"content":{"rendered":"<aside class=\"mashsb-container mashsb-main \"><div class=\"mashsb-box\"><div class=\"mashsb-count\" style=\"float:left\"><div class=\"counts mashsbcount\">0<\/div><span class=\"mashsb-sharetext\">SHARES<\/span><\/div><div class=\"mashsb-buttons\"><a class=\"mashicon-facebook mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnews%2Farkib-berita%2Ftahun-2010%2Fnovember-2010%2Fukm-ijn-bersetuju-bekerjasama-selidik-penyakit-jantung-dan-paru-paru-dengan-universiti-geneva%2F\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Facebook<\/span><\/a><a class=\"mashicon-twitter mashsb-noshadow\" href=\"https:\/\/twitter.com\/intent\/tweet?text=&amp;url=https:\/\/www.ukm.my\/news\/?p=9991&amp;via=https:\/\/twitter.com\/ukmtwit\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Twitter<\/span><\/a><a class=\"mashicon-subscribe mashsb-noshadow\" href=\"#\" target=\"_top\" rel=\"nofollow\"><span class=\"icon\"><\/span><span class=\"text\">Subscribe<\/span><\/a><div class=\"onoffswitch2 mashsb-noshadow\" style=\"display:none\"><\/div><\/div>\n            <\/div>\n                <div style=\"clear:both\"><\/div><div class=\"mashsb-toggle-container\"><\/div><\/aside>\n            <!-- Share buttons by mashshare.net - Version: 4.0.47--><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20IJN%20bm1.jpg\" alt=\"\" \/>SELASA, 09 NOVEMBER 2010 20:53<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh Abdul Ghani Nasir<br \/>\nFoto oleh Saliman Leman<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKuala Lumpur, 9 Nov, 2010 \u2013Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini bersetuju dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan bidang penyakit saluran jantung dan paru-paru dengan Universiti Geneva, Switzerland.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nMengumumkan ini di upacara memeterai Perjanjian Induk (MoA) antara UKM dan IJN di sini, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri\u00a0Dato\u2019 Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin melahirkan harapan ia membolehkan UKM menghantar pelajarnya meneruskan pengajian ke tahap PhD di Universiti Geneva selain dari berkolaborasi dalam bidang penyelidikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBerucap di majlis menandatangani perjanjian itu di bangunan baru IJN di Jalan Tun Razak, di sini, Prof Sharifah Hapsah berkata perkara paling penting tentunya pengajian pascasiswazah, satu komponen utama kegiatan penyelidikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cDi sinilah letaknya kekuatan UKM dan saya yakin ia adalah asas yang mengukuhkan kolaborasi UKM-IJN. Wakil-wakil dari UKM dan IJN sudah pun melawat kemudahan-kemudahan penyelidikan dan latihan di Geneva pada Mac lepas,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM telah menandatangani satu MoU dengan IJN tiga tahun lalu yang, katanya, telah mendatangkan kesan besar terhadap perkembangan perkhidmatan mengubati penyakit saluran jantung di Pusat Perubatan UKM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cIJN adalah sebuah institut yang telah memberi begitu banyak perangsang kepada pelajar dan graduan kita. Kami begitu bangga ramai alumni UKM berkhidmat di IJN.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\u201cHari ini Pusat Jantung dan Paru-Paru telah muncul sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan UKM. Lantas adalah wajar ia memberi tumpuan kepada penyelidikan di bawah MoA ini,\u201d kata belau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20IJN%20bm4.jpg\" alt=\"\" \/>\u00a0\u00a0<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20IJN%20bm2.jpg\" alt=\"\" \/><br \/>\nBeliau juga mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya UKM membangunkan Hospital Kanak-kanak dan berharap IJN akan terlibat dalam penubuhan unit Sakit Saluran Jantung Paediatrik kelak. Hospital itu akan dibina dalam masa dua tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagi melaksanakan kegiatan di bawah MoA\u00a0hari ini, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada mulanya diketuai oleh Prof Dato\u2019 Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan UKM. Dua cadangan penyelidikan satu daripada Unit Sakit Saluran Jantung UKM dan satu lagi dari IJN sudah pun dikemukakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBagaimanapun, Prof Dr Sharifah Hapsah berkata kerajaan telah memperuntukkan RM800 juta sebagai gran penyelidikan dan lebih banyak cadangan perlu dikemukakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKetua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata dalam masa lima tahun kolaborasi di antara IJN dengan UKM itu, pihak universiti telah bersetuju menyediakan kemudahan makmal termaju dan penyelidikannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nUKM juga akan menyediakan latihan dalam bidang penyelidikan untuk kakitangan IJN di samping menyokong usaha itu dengan menyediakan kepakaran dan penasihat oleh ahli terkemuka dari fakulti perubatannya yang amat disanjungi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nIJN pula akan membantu menyediakan pengamal perunding berkelayakan dan kakitangan dengan kepakaran untuk menyelia dan memberi nasihat kepada penyelidik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<img decoding=\"async\" class=\" alignleft\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Campus_News_Picture\/MoU%20UKM%20IJN%20bm3.jpg\" alt=\"\" \/>Di samping itu, IJN juga akan menyediakan latihan profesional untuk pelajar pascasiswazah, kakitangan kesihatan bersekutu, doktor dan jururawat dalam bidang sakit saluran jantung (kanak-kanak dan orang dewasa) pembedahan saluran jantung dan juga pembiusan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nKolaborasi IJN-UKM dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan juga adalah selaras usaha kerajaan dalam Rancangan Transformasi Ekonomi untuk Penjagaan Kesihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nDr Jeswant Dillon, pakar perunding sakit saluran jantung IJN memberitahu media kemudian bahawa salah satu cadangan penyelidikan adalah mengenai semakin ramainya orang muda (di bawah usia 40 tahun) diserang penyakit\u00a0 jantung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nBeliau juga mahu membuat penyelidikan lanjutan terhadap lebih 1,400 pesakit yang telah menjalani pembaikan pada injap jantung mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nProf Dr Sharifah Hapsah menandatangani MoA itu bagi pihak UKM manakala IJN diwakili Dr Robaayah. Professor Beat H Walpoth, Pengarah Khidmat Penyelidikan Pembedahan Saluran Jantung, Hospital Universiti Geneva turut hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di samping Pengerusi Lembaga Pengarah IJN, Tan Sri Datu Prof Dr Mohamad Taha Arif.<br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/images\/stories\/Icon\/ukmnewsportal.png\" alt=\"\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELASA, 09 NOVEMBER 2010 20:53 Oleh Abdul Ghani Nasir Foto oleh Saliman Leman Kuala Lumpur, 9 Nov, 2010 \u2013Universiti Kebangsaan<a class=\"tukm-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/arkib-berita\/tahun-2010\/november-2010\/ukm-ijn-bersetuju-bekerjasama-selidik-penyakit-jantung-dan-paru-paru-dengan-universiti-geneva\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9989,"parent":1419,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-9991","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9991","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9991"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9991\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9992,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/9991\/revisions\/9992"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9989"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9991"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}