Visi Misi & Objektif

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan Oftalmologi yang terunggul di peringkat antarabangsa dalam perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan.

 

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang berkualiti, selamat dan berpusatkan pesakit berdasarkan amalan klinikal
  • Melahirkan graduan, pakar dan subpakar Oftalmologi yang kompeten melalui pendidikan dan latihan bertaraf antarabangsa.
  • Memacu penyelidikan, inovasi dan penerbitan yang menyumbang kepada perkembangan ilmu serta peningkatan kualiti penjagaan mata.

 

OBJEKTIF

  • Menyampaikan perkhidmatan Oftalmologi yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan kepada pesakit.
  • Memperkukuh peranan jabatan sebagai pusat latihan pilihan bagi program prasiswazah, siswazah dan latihan kepakaran Oftalmologi.
  • Meningkatkan kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan penerbitan dalam bidang Oftalmologi.
  • Memperkasa pembangunan modal insan yang kompeten, profesional dan beretika.
  • Memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan institusi, industri dan organisasi profesional di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber, teknologi dan infrastruktur bagi menyokong kecemerlangan perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan.