Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Academia of ORLHNS

Bermula Sebagai Makmal Temporal Bone

Pada tahun 1997, Jabatan Otorinolaringologi, HCTM, Pusat Perubatan UKM mempunyai Bilik Makmal yang digunakan untuk kajian penyelidikan yang dipanggil sebagai  “Temporal Bone” bagi menjalankan sesi pembelajaran dan tesis kepada Pegawai Perubatan/Pelajar Perubatan.

Makmal ini digunakan setiap kali kajian terhadap “Temporal Bone” dilakukan dan diketuai oleh Pensyarah Jabatan ORL atau Pensyarah Jemputan dari luar.Dari tahun 1997 hingga sekarang, makmal itu secara beransur-ansur dilengkapi dengan mikroskop, mesin pam sedutan, mesin sistem penggerudian, alat pembeku, instrumen pembedahan dan barangan pakai buang untuk digunakan semasa menjalankan bengkel atau kursus.

Jabatan Otorinolaringologi mula menganjurkan bengkel diseksi Temporal Bone. Sehingga kini, makmal ini telah digunakan untuk bengkel Temporal Bone sebanyak 48 kali dengan kehadiran peserta sebanyak 576 doktor.

Jabatan Otorinolaringologi  secara puratanya menganjurkan sebanyak 16 bengkel di makmal ini untuk bengkel temporal bone, endoskopi hidung dan endoskopi laring setiap tahun yang turut dihadiri oleh pakar dan doktor perubatan daripada antarabangsa dan tempatan .

Naik Taraf Sebagai Academia of ORL-HNS

Di Akhir tahun 2020, makmal temporal bone ini telah dimulakan proses pengubah suai dan dinaik taraf sebagai Academia of ORL. Kerja-kerja pengubah suaian selesai sepenuhnya pada Februari 2021.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

PN SAIDAH BT MOHD HASBI@NAWI

Pegawai Sains C44

03-91456068

saidah@ppukm.ukm.edu.my