Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Pasca Siswazah

Jabatan telah berjaya menghasilkan seramai 140 orang pakar ORL-HNS hasil graduan daripada UKM yand mempunyai sarjana pembedahan Otorinolaringologi- Kepala & Leher.

Sesi CME diadakan pada setiap hari Jumaat bagi menambahkan dan meluaskan pengetahuan para pegawai perubatan.

Jabatan ORL-HNS dengan kerjasama Jabatan Radiologi turut menganjurkan Konferens Radiologi pada setiap hari Selasa dari jam 8:00 pagi hingga 9:00 pagi. Konferens ini  bertujuan memberi pendedahan kepada ujian radiologi dan cara menginterprasikan MRI/CT Scan dan X-ray.

Jabatan ORL dengan kerjasama Jabatan Patologi mengadakan Konferens Histopathologi pada setiap Selasa dalam minggu pertama setiap bulan untuk mempelajari ciri-ciri patologi penyakit yang ditemui dalam bidang Otorinolaringologi.

Selain aktiviti mingguan, Jabatan mengadakan Konferens ’Mortality and morbidity’ sebulan sekali. Manakala persembahan kelab Journal diadakan setiap Selasa ke empat untuk mengajar kritikan journal.

KELAYAKAN

Jabatan ORL – Kepala & Leher bertanggungjawab dalam pemilihan calon calon ke program Sarjana Pembedahan Otorinolaringologi – Kepala & Leher.

Warganegara Malaysia

  1. Calon dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
  2. Umur kurang dari 40 tahun pada tarikh pendaftaran
  3. Calon perlu menghabiskan 3 tahun perkhidmatan wajib atau sekurang-kurangnya selepas satu tahun tempoh percubaan berdasarkan 2 tahun tempoh percubaan.
  4. Calon tajaan sendiri TIDAK layak untuk memohon bagi mengelakkan masalah berkaitan tempoh gazetment, credentialing dan pendafatran
  5. Pendaftaran oleh calon yang kini berkhidmat dengan Kementeian Kesihatan adalah melalui “Unit Pusat Universiti” (UPU)
  6. Calon dari Universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi mesti memohon melalui Sekretariat Pengajian Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa
  7. Wajib memperolehi Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sebelum permulaan kursus
  8. Calon mesti ditaja oleh Kementerian Kesihatan atau Institusi Pengajian Tinggi
  9. Wajib disaring dari Hepatitis B, hepatitis C dan HIV. Bukti status adalah perlu.

Bukan Warganegara Malaysia

  1. Calon dari mana-mana universiti yang diikhtiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
  2. Umur kurang dari 37 tahun pada tarikh pendaftaran
  3. Bukti fasih dalam pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris. Calon yang layak mesti memiliki IELTS lebih dari 7.0 atau markah TOEFL sekurang-kurangnya 750
  4. Bukti memiliki status kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh pengajian
  5. Calon mesti memiliki polisi perlindungan kesihatan persendirian
  6. Calon mesti memiliki Perlindungan Insurans Kesihatan
  7. Wajib disaring dari Hepatitis B, hepatitis C dan HIV. Bukti status adalah perlu.
  8. Calon antarabangsa dari Institusi Pengajian Tinggi atau Pusat Perubatan perlu memohon secara terus melalui Sekretariat Pengajian Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Untuk makumat lanjut, sila berhubung dengan Pn. Roziana Arshad di talian 03-91456047.

Rujukan:

Laman Sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan UKM