Keistimewaan
Keistimewaan menjadi Ahli (PAKAT) dimana Ahli-Ahli dan waris-waris yang berhampiran (terdekat) akan menerima Wang Saguhati sebagaimana yang diperuntukan oleh Pelembagaan Persatuan seperti berikut:
- Bantuan Rawatan Hospital (BRH) – bagi diri keluarga anggota selama tempoh satu hari (24 Jam) berada diwad layak menerima wang RM100.00 – Rujuk Pelembagaan Para 4.1- berkaitan
- Kematian Ahli – Waris waris yang terdekat akan menerima imbuhan wang ini berjumlah RM400.00– Rujuk Pelembagaan Para 4.5.(1).berkaitan.
- Bersara Wajib : – Layak menerima pemberian wang saguhati berjumlah RM400.00 (Sekali Sahaja Perkhidmatan) sekurang-kurangnya menjadi Ahli 10 Tahun –Rujuk Pelembagaan 4.5 para (1)(2)(3)(4) dan (5) –berkaitan.
- Kematian Ayah/Ibu dan Mertua – Layak dibayar RM250.00 – Rujuk Pelembagaan 4.5 (4) para (a)(b)(c) dan (d) berkaitan.
- Kematian Anak-Anak – Bantuan ini diberi kepada keluarga Anggota berjumlah RM250.00– Rujuk Pelembagaan 4.5 (3) para (a) (b) (c) (d) dan (e) berkaitan.
- Kematian Isteri-isteri/Suami – Bantuan ini diberi kepada waris-waris ahli serta merta berjumlah RM 250.00. Rujuk Pelembagaan 4.5.(2) para (a) (b) (c) dan (d) berkaitan.
- Saguhati Perkahwinan – Bantuan ini diberi kepada Ahli yang melangsungkan perkahwinan (Sekali Sahaja) berjumlah RM50.00– Rujuk Pelembagaan 4.4. para (a) (b) (c) dan (d) berkaitan.
- Saguhati Bersalin – Keistemewaan ini hanya dinikmati oleh Ahli (Wanita) sahaja berjumlah RM50.00 dan diberi pada setiap kali kelahiran anaknya sehingga anak yang ke lima (5X) – Rujuk Pelembagaan 4.2. para (a) (b) (c) dan (d) berkaitan
- Saguhati berjumlah RM100.00, kepada anak ahli sahaja yang mendapat Tawaran Di IPTA (Sila Lampirkan Surat Tawaran Bersama, samaada (Original/ Potostat)