Sejarah

SEJARAH (PAKAT)

Persatuan Anggota Anggota Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya (PAKAT), telah didaftar pada 18 Januari 1976, di bawah seksyen 7 dalam Akta Pertubuhan dan nombor pendaftarannya ialah B.S.M 669/76 (17) PPP/Sel. 240/76 di Selangor Darul Ehsan.

Sejarah penubuhannya,  Persatuan Anggota Anggota Keselamatan ini diluluskan pendaftarannya pada 18 Januari 1976 di Pejabat Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Pantai Baharu, Peti Surat 1124, Kuala Lumpur, dimana persatuan ini mewakili hampir 100 Anggota pada ketika itu.