UKMRS
Robot Soccer is one of the high-tech games which uses autonomous robots. To ensure the robots in the games are autonomous, the preparation of a good game strategy is highly important. The game strategy is implemented in C++ and it will be tested on robot soccer games in a given specific environment. Through the organized programme, the students of Faculty of Information Science and Technology (FTSM) and Polytechnic Malaysia will be exposed to the basics and concepts in robot soccer games. Besides, the students of FTSM may interact and exchange ideas about robotics with other students form Polytechnics, international students, primary and secondary school students and society. Other than that, through this programme, robot soccer can be introduced to students from other faculties since it still new in Malaysia and not widespread. Therefore, this programme is capable of exposing students to robot soccer and may improve their skills in problem solving, decision making, strategy planning, hardware, robot vision system and teamwork.
Robot Bola Sepak merupakan salah satu permainan berteknologi tinggi yang dikawal sepenuhnya secara automatik. Bagi memastikan robot-robot yang terlibat di dalam permainan dapat dikawal sepenuhnya, penyediaan strategi permainan yang baik dan bagus adalah penting. Strategi permainan ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++ dan dilaksanakan di dalam satu persekitaran khas untuk Robot Bola Sepak. Melalui program yang akan dianjurkan ini, mahasiswa Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM), UKM dan juga Politeknik Malaysia akan didedahkan dengan lebih mendalam tentang asas dan konsep dalam permainan Robot Bola Sepak. Bukan itu sahaja, mahasiswa FTSM juga dapat berinteraksi dan bertukar idea mengenai robotik dengan pelajar lain, seperti pelajar Politeknik, antarabangsa, sekolah rendah dan menengah dan masyarakat secara khusus. Selain itu, program ini mampu memperkenalkan Robot Bola Sepak kepada mahasiswa fakulti lain, kerana Robot Bola Sepak masih lagi baru di Malaysia dan masih tidak diketahui ramai. Justeru, program ini mampu memberi pendedahan yang berbeza kepada pelajar dan dapat meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan, perancangan strategi,perkakasan, sistem penglihatan robot dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan.