Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi telah menerima lawatan pemeriksa luar iaitu Prof. Dr. Wang Yi-Xiang dari The Chinese University of Hong Kong . Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pertimbangan ahli mengenai cadangan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi (PDR) bagi menilai kurikulum akademik, klinikal dan penyelidikan. Lawatan secara dalam talian telah diadakan menggunakan platform MsTeam selama 9 hari bermula 16 September 2021 hingga 24 September 2021.

Pihak program PDR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Akmal Sabarudin dan seluruh kakitangan yang terlibat kerana telah menjayakan lawatan maya tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH.