Majlis Aspresiasi Pelajar Tahun 4 telah dianjurkan pada 13 Ogos 2021 jam 8.30 malam. Majlis ini dianjurkan oleh Pelajar tahun 2, Program PDR yang diketuai oleh saudari Noor Aisyah Noor Asmadi dan Dr. Norhashimah Mohd Norsuddin sebagai penasihat. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar tahun 4 yang akan menamatkan pengajian di Program PDR. Majlis ini julung kalinya diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19 yang sedang berlaku. Walaubagaimanapun, majlis ini telah berjalan lancar dengan kerjasama AJK yang terlibat. Pihak program ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana dapat menjalankan tugas dengan baik.

Kepada pelajar tahun 4, pihak program mengucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga anda semua berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Jalankan amanah yang diberi dengan penuh ikhlas dan berintergriti.