You are currently viewing Majlis Serahan Tugas Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Serahan Tugas Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Serahan Tugas Pengarah Bahagian Keselamatan UKM yang melibatkan anggota Kampus Bangi, HCTM, Kuala Lumpur diadakan pada 13 Julai 2022, Bilik Senat. Serahan antara Mejar (B) Dato’ Asri Ahmed, Kapten Harmon Rafiz Abd Hamed, Tuan Khairulisham Mat dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadak. Majlis ini juga menemukan Pendaftar dengan semua anggota Bahagian Keselamatan yang hadir. Penempatan pegawai-pegawai merupakan proses dalam memperkasa (revitalise) dan ‘upskilling’ dalam perkhidmatan.
 
Anggota Bahagian Kesalamatan UKM terdiri daripada individu – individu yang mempunyai kepakaran dan hebat dalam melaksanakan tugas. Kawalan keselamatan di setiap lokasi dilakukan dengan sangat komited.