You are currently viewing Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UKM 2022

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UKM 2022

Mesyuarat Agung Tahunan PERTADI UKM dilaksanakan pada 19 Julai 2022 di Dewan Persidangan Fakulti Sains & Teknologi UKM. Seramai 120 ahli PERTADI hadir bersama – sama bagi mendengar ucapan dan membincangkan halatuju PERTADI UKM. Mesyuarat Agung PERTADI disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakatullah, Pendaftar UKM.

PERTADI UKM selaku salah satu persatuan yang mewakili suara kumpulan kakitangan P&P perlu memahami falsafah universiti dan menyokong halatuju UKM dalam usaha mencapai kecemerlangan akan datang. Disamping itu, aktiviti yang merapatkan sillaturrahim dan sosial yang boleh meningkatkan hubungan kerjasama antara kumpulan kakitangan P&P adalah amat digalakkan.