You are currently viewing Pelancaran Kad Kampus Baharu UKM

Pelancaran Kad Kampus Baharu UKM

8 Mac 2022
 
Kad Kampus baharu UKM dilancarkan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ehkwan Toriman dalam Bicara Perdana Naib Canselor UKM pada 8 Mac 2022. Kad kampus yang baru dipilih daripada pertandingan Mencipta Reka Bentuk Kad Kampus UKM bagi menggantikan kad kampus UKM yang sedia ada.
 
Rekaan kad kampus baru dikhususkan berbentuk potrait dengan ciri rekaan yang melambangkan UKM sebagai sebuah universiti watan di Malaysia dan terkemuka di dunia. Sebanyak 14 rekaan daripada 248 rekaan yang melambangkan unsur – unsur kebangsaan dan UKM telah dipilih bagi pemilihan akhir.
 
Pemenang bagi rekaan kad kampus baru adalah En. Meor Sony Hermi Meor Sapelin dengan rekaan yang berlatarbelakangkan DECTAR dan bercorak abstrak campuran batik kebangsaan.
 
Diharap dengan pembaharuan kad kampus UKM yang baharu dapat menyemarakkan iltizam dan semangat warga kampus dalam terus memacu kecermelangan dan kebanggaan ke atas universiti watan kita.