You are currently viewing Penjenamaan Bahagian Keselamatan Kepada Polis Bantuan UKM

Penjenamaan Bahagian Keselamatan Kepada Polis Bantuan UKM

8 Mac 2022
 
YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ehkwan Toriman di dalam Bicara Perdana Naib Canselor telah melancarkan pasukan Polis Bantuan UKM bagi menggantikan Bahagian Keselamatan UKM.
 
Polis Bantuan UKM ini telah mengambil beberapa keperluan bagi memastikan anggota keselamatan UKM mempunyai kuasa dan kepakaran yang setanding dengan Polis – Polis Bantuan yang lain.
 
Ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan warga dan fasiliti dalam kampus UKM. Dalam pelancaran tersebut juga telah dilancarkan logo bagi Polis Bantuan UKM yang memberi nafas baharu kepada anggota keselamatan di UKM.
 
Disamping itu, pihak Polis Bantuan UKM juga akan menerima beberapa aset kenderaan bagi tujuan perondaan dan kawalan seperti kenderaan pacuan 4 roda serta kereta dan motosikal rondaan daripada pihak UKMSHAPE. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof Datuk Dr. Muhammad Hussin selaku pengarah UKMSHAPE di atas sumbangan tersebut.
 
Diharap penjenamaan kepada Polis Bantuan UKM ini dapat meningkatkan imej UKM selaku Universiti Watan yang berprestij. Terima kasih YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor.