You are currently viewing Program Bubur Lambuk Watan UKM

Program Bubur Lambuk Watan UKM

Program Bubur Lambuk Watan UKM telah berjaya diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di Balai Raya Perumahan Bukit Puteri UKM.

Program ini berjaya mengumpulkan 40 peserta dari kalangan Alumni program Jati Diri Watan Siri 1 hingga Siri 8. Sebanyak 1,000 bungkusan bubur lambuk diedarkan kepada PTj-PTj di sekitar kampus Bangi. Turut diagihkan 200 pek kurma kepada semua warga UKM hasil sumbangan Kolej Burhanuddin Helmi, Yayasan Foodbank Malaysia & Ikhlas.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs Tuan Hj. Zainudin Mohd Daud, Pendaftar UKM, dan Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar.
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Alumni Program Jati Diri Watan Siri 1 hingga 8 atas komitmen yang diberikan. Semoga program sebegini dapat meningkatkan ukhwah antara warga UKM sekaligus meningkatkan kualiti kerja di setiap PTj masing-masing.