You are currently viewing Program Jati Diri Watan UKM Siri 2

Program Jati Diri Watan UKM Siri 2

Program Jati Diri Watan UKM Siri II
 
Program pemerkasaan warga UKM seramai 100 orang yang terdiri daripada kumpulan Professional & Pengurusan dan kumpulan Pelaksana berjaya dilaksanakan pada 9-11 Disember 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara, Kuala Lipis, Pahang.
 
YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ehkwan Hj. Toriman, Naib Canselor dan beberapa ahli Pengurusan Universiti turut bersama-sama menyertai program siri kedua ini. Antara tujuan program ini adalah untuk meningkatkan jati diri dan menyemai semangat kekitaan dalam menjadikan UKM sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia.
 
Program Jati Diri Watan II telah disempurnakan lagi dengan sesi bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak pada hari terakhir program.
 
Semoga program ini dapat memupuk jati diri semua peserta dalam mendokong aspirasi watan universiti.