You are currently viewing Sesi Penyerahan Kenderaan oleh pihak UKMShape Kepada Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar

Sesi Penyerahan Kenderaan oleh pihak UKMShape Kepada Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM menghadiri sesi penyerahan kenderaan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMSHAPE kepada Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Sebuah kereta Triton dan 10 motorsikal diberikan kepada Mejar Dato’ Asri Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan sebagai inisiatif pihak UKM bagi memperkasa pelaksanaan Polis Bantuan di UKM. Logo Polis Bantuan dan plat kenderaan UKM diletakkan pada kereta dan motorsikal tersebut.
 
Turut hadir , Prof. Madya. Dr. Mohd Suzereen Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Nab Canselor Jaringan Industri & Masyarakat, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari dan YBhg. Prof. Ts Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor.