Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS sempena Hari Pekerja 2023

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS sempena Hari Pekerja 2023.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed kepada Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Pendaftar Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj Sadakkuthulla pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023, di Putrajaya hari ini.

Pengiktirafan ini adalah sesuatu yang bermakna kepada UKM yang sentiasa mengambil inisiatif berterusan dalam memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara dalam aspek kemajuan kerjaya, pengiktirafan perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta sumbangan bantuan.
Pada tahun ini, kerajaan mengangkat tema ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ sempena sambutan Hari Pekerja 2023.

Hadir sama, Pengarah UKMSHAPE Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin; Setiausaha Agung CUEPACS Encik Abdul Rahman Nordin; dan Pegawai Tertinggi CUEPACS Selangor Encik Barudin Baharin.

#UKM #UKMSharing #UKMMajikanPrihatin