Pembukaan Permohonan Dana Penerbitan Buku DBP 2023, Fasa 2 (3 Jun – 2 Julai 2023)
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENERBITAN BUKU (DPB) 2023 Fasa 2
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Penerbit UKM akan membuka permohonan DanaPenerbitan Buku (DPB) 2023 Fasa 2. Permohonan ini akan dibuka mulai 3 Jun 2023 hingga 2 Julai 2023 (sebelum jam 12.00 tengah malam).
- Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Google Form yang boleh diakses di pautan Borang Permohonan Dana Penerbitan Buku (DPB) 2023 Fasa 2.
- Pemohon perlu mengemukakan permohonan melalui pautan Google Form yang disediakan dengan memuatnaik manuskrip lengkap.
- Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syaratyang ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Penerbitan Buku iaitu:
- Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan DanaPenerbitan Buku untuk makluman dan rujukan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan boleh terus menghubungi pihak Penerbit UKM seperti yang tertera di poster berkenaan.
Sekian, salam hormat