Memantapkan budaya inovasi pedagogi dan penilaian dalam kalangan tenaga akademik UKM bagimemastikan kualiti pengajaran yang cemerlang
FUNGSI UTAMA
Bahagian ini bertanggungjawab untuk:
Latihan & Bimbingan: Merancang, melaksanakan, dan menggalakkan program latihan serta bimbingan bagi memperkasa pendidik melalui amalan pengajaran berasaskan penyelidikan (research-led teaching).
Pemantauan Penilaian: Merancang, memantau, dan menilai keberkesanan kaedah penilaian alternatif bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.
Penambahbaikan Kualiti: Menyokong pelaksanaan serta penambahbaikan mekanisme penilaian sedia ada untuk memastikan ia kekal relevan dan efektif.
Penganjuran Program: Mengelola program tahunan yang memfokuskan kepada inovasi pedagogi dan penilaian di peringkat kebangsaan atau universiti demi memperkasa amalan terbaik.
Penerbitan Ilmiah: Menguruskan penerbitan bahan berkaitan inovasi pedagogi dan penilaian dalam pendidikan tinggi sebagai rujukan akademik.