Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

Buletin Pengajaran - UKM

KNOVASI 2025

kNovasi adalah satu platform yang menghimpunkan penyelidik dan inovator dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri bagi mempamerkan dan berkongsi inovasi terkini dalam pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan kurikulum.

HARI AKADEMIA 2025

Hari Akademia merupakan suatu hari khusus lagi istimewa untuk semua ahli akademia di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi meraikan sumbangan, pencapaian dan pengorbanan para pensyarah kepada dunia akademia selain menghargai jasa keilmuan dan pemikiran terkehadapan para akademik di peringkat pendidikan tinggi.

HARI BERTEMU PELANGGAN 2025

Hari Bertemu Pelanggan (HBP) atau Hari Bersama Pelanggan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan mendekati pelanggan untuk mendapatkan maklum balas, cadangan, dan aduan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pengumuman / Pemakluman Terkini

PEMAKLUMAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN TERADUN SEMESTER 1 SESI 2025/2026 di UKMFolio™ SIRI 4

Dalam usaha mencapai 100% pencapaian pembelajaran teradun, Pengajaran-UKM menggalakkan YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memastikan kursus-kursus bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 di UKMFolio™ mencapai status Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan proses ini akan berlaku sepanjang sesi semester semasa dan akan berakhir selepas tarikh arkib. Untuk makluman, pencapaian status Pembelajaran Teradun (Blended Learning) ini juga merupakan salah satu kriteria (ME1C) syarat kenaikan pangkat bagi warga akademik dengan penetapan pencapaian sekurang-kurangnya empat (4) kursus blended untuk empat (4) semester terakhir termasuk semester semasa.

Kalendar dan Acara

Dapatkan maklumat aktiviti serta jadual terkini melalui tarikh yang dinyatakan