Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

KUALA LUMPUR , 5 Disember 2025 - Buat julung kali Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) menjalinkan kolaborasi strategik dengan SMK Bandar Tasik Selatan. Program yang berlangsung di Dewan Makan Asrama ini telah melibatkan penyertaan seramai 130 orang murid Tingkatan 3. Program kolaborasi bersama ini dijalankan bagi memperkenalkan program PERMATA Remaja kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. Selain itu, program ini juga bertujuan mendedahkan pelajar tentang pengenalan kelas kemahiran PERMATA Remaja dan seterusnya mendapatkan peserta-peserta baharu yang berminat untuk menyertai kelas kemahiran yang dijalankan.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah diberi penerangan setiap kelas kemahiran seperti kelas fotografi, solekan, vokal dan muzik, kek dan pastri serta kelas button badge. Pihak PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih kepada SMK Bandar Tasik Selatan melalui kaunselor sekolah atas kesudian menjemput pihak PERMATA Remaja buat pertama kalinya bagi memperkenalkan Program PERMATA Remaja kepada para pelajar. Adalah diharapkan agar hubungan dua hala ini terus diperkukuh pada masa hadapan demi memastikan manfaat program dapat disebar luas. Semoga perkongsian mengenal Program PERMATA Remaja ini dapat memberikan impak kepada pelajar SMK Bandar Tasik Selatan pada akan datang.