Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM BAKE-A-MATH

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Program Bake-A-Math telah berjaya dilaksanakan di dua lokasi Pusat Komuniti PERMATA Remaja, iaitu PPR Sri Pantai (2 Mei) dan PA Desa Rejang (3 Mei). Seramai 25 orang peserta (17 di Sri Pantai dan 8 di Desa Rejang) telah menyertai inisiatif pembelajaran luar bilik darjah ini yang menggabungkan kemahiran kulinari dengan aplikasi matematik praktikal secara interaktif. Program ini memfokuskan kepada penguasaan teknik sukatan bahan menggunakan alat timbangan digital (gram, ml, liter) serta meningkatkan keupayaan peserta dalam menyelesaikan operasi matematik asas. Melalui kaedah simulasi praktikal di dapur dan penggunaan bantuan visual, konsep matematik dapat difahami dengan lebih santai, sekali gus mengatasi cabaran literasi dalam kalangan peserta.

Hasil daripada program ini, para peserta kini mampu mengaplikasikan teknik sukatan yang persis serta bijak membezakan unit ukuran seperti g, ml, dan kg. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamatnya dalam menyalurkan kemahiran kritikal bidang pastri kepada warga PPR. Komitmen tinggi yang ditunjukkan menjadi indikator positif terhadap keberkesanan model pendidikan praktikal dalam memperkasakan masyarakat masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *