Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

BENGKEL GAYA KELAS KECANTIKAN

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Program Bengkel Gaya Kelas Kecantikan telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 20 Disember 2025 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dan telah disertai oleh semua peserta aktif kelas kecantikan Program PERMATA Remaja. Program yang dilaksanakan dengan sokongan dana di bawah geran penyeldikan yang diketuai oleh Dr. Noremy Md. Akhir. Pada hari pertama, para peserta telah bertolak dari pusat komuniti masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas pada sebelah petang. Pada sebelah malam, peserta telah menyertai sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Hasbullah Mustafa menggunakan kaedah kad aktiviti. Slot ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam menghadapi situasi yang dihadapi berdasarkan kad aktiviti yang diperoleh.

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi sebelum peserta mengikuti beberapa sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan bidang kecantikan. Antara sesi yang dijalankan ialah Rawatan Muka & Spa Asas, Kelas Solekan (Makeup Class), Refleksologi, serta Rawatan Kuku (Manicure & Pedicure). Selain itu, satu sesi khas berkaitan Penjagaan Kesihatan Wanita telah dijalankan dengan kerjasama Healthcom bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap aspek kebersihan diri.

Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membuat perbincangan dan persediaan sesi showcase keesokan hari, sekali gus mengasah kemahiran komunikasi, persembahan dan profesionalisme. Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pendedahan yang komprehensif kepada peserta Kelas Kecantikan PERMATA Remaja, selaras dengan objektif pembangunan kemahiran, sahsiah dan keyakinan diri remaja.