Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PORT DICKSON, 5 Februari 2025 – Program Progresif PERMATA Remaja merupakan program yang memberi pendedahan awal tentang potensi diri sebelum memilih kerjaya kepada peserta PERMATA Remaja. Terdapat sepuluh slot yang diketengahkan dalam program ini antaranya ialah ujian personaliti diri, latihan komunikasi, kemahiran interpersonal, pengurusan emosi, penampilan dan pengurusan emosi. Program ini juga melibatkan penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal.
Program ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson selama empat hari tiga malam iaitu pada 2 hingga 5 Februari 2025. Seramai 28 peserta PERMATA Remaja yang telah menyertai program ini di mana terdiri daripada keempat-empat Pusat Komuniti PERMATA Remaja. Slot telah dikendalikan oleh beberapa pakar antaranya Prof. Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil, Coach Andi Nazri, To' Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Coach Tina dan Coach MK.

Slot dimulakan dengan Ice Breaking dan Slot: Pembentukkan Kumpulan di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Slot ini bertujuan untuk membuang rasa malu dalam kalangan peserta di samping ingin memupuk semangat berkumpulan. Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan Slot: Ujian Psikometri menggunakan Alat Ujian Personaliti DOPE. Tujuan slot ini adalah untuk memastikan setiap peserta mengetahui karakter dan peribadi diri sebelum melangkah ke dunia kerjaya. Antara gamifikasi yang dilakukan adalah arca personaliti di mana sewaktu slot ini peserta telah diminta untuk membina arca berdasarkan hasil Ujian Personaliti DOPE. Keseronokan terpancar dari raut wajah peserta dalam membangunkan arca tersebut.

Slot-slot lain turut memberi impak yang sangat positif kepada peserta kerana banyak benda baharu yang telah dipelajari antaranya meningkatkan keyakinan diri bercakap di tempat umum, lebih pandai menguruskan emosi seterusnya berfikiran kreatif denga napa yang telah disediakan.
Pada hari terakhir Segmen: Pocket Talk Kerjaya dijalankan dalam bentuk forum dan beberapa panel daripada agensi berbeza iaitu Institut Kemahiran Mara (IKM), Giatmara dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah dijemput. Pelbagai input berkenaan laluan kerjaya menerusi agensi telah dikongsikan bagi memberi peluang kepada peserta PERMATA Remaja untuk celik dengan dunia akademik terutamanya dalam pasaran kemahiran (TVET). Pihak PERKASA berharap peserta memperoleh ilmu yang berguna sepanjang program ini berlangsung.