Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

SEPANG, 6 Februari 2025 - Dalam usaha meningkatkan kemahiran peserta fotografi dalam pengambilan gambar yang berkualiti, tenaga pengajar kelas fotografi PERMATA Remaja telah mengadakan aktiviti Fotografi Luar di Litar Lumba Sepang bagi menyaksikan perlumbaan percubaan kelayakan MotoGP 2025. Program ini membolehkan peserta kelas fotografi mengaplikasi kemahiran yang dipelajari di dalam kelas dan memberi pengalaman sebenar di lapangan. Seramai 40 peserta kelas fotografi daripada ketiga-tiga pusat komuniti iaitu Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kampung Muhibbah, PPR Pantai Ria dan PA Desa Rejang dan seramai tiga orang tenaga pengajar telah menyertai akitiviti ini.

Peserta diberikan tugasan oleh tenaga pengajar dalam pengambilan gambar yang diperlukan berdasarkan tetapan kamera yang diberikan. Peserta bergerak secara berkumpulan dan berpasangan semasa tugasan di mana setiap kumpulan diberikan tugasan yang berbeza. Diharapkan aktiviti kali ini memberikan pengalaman berharga kepada peserta agar mereka lebih maju ke hadapan malah sentiasa meningkatkan kemahiran dalam dunia fotografi.