Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

HARI TERBUKA PERMATA REMAJA 2025

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2025 - Program Hari Terbuka PERMATA Remaja 2025 berlangsung bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang di Blok 102, PPR Seri Pantai telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi penyerahan kad laporan kemajuan peserta kepada ibu bapa, mini jualan, sukaneka dan pertandingan. Turut serta dalam program ini ialah Unit Psikologi Klinikal, Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di mana mereka juga telah membuka reruai berkenaan kesedaran kesihatan mental.

Tujuan utama aktiviti-aktiviti seperti penyerahan kad laporan kemajuan, mini jualan, sukaneka dan pertandingan adalah untuk memaklumkan ibu bapa mengenai perkembangan peserta, mempamerkan hasil pembelajaran serta kemahiran yang telah dikuasai, di samping menggalakkan interaksi dan kerjasama antara peserta PERMATA Remaja, ibu bapa dan tenaga pengajar. Aktiviti ini juga berperanan sebagai medium untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong proses pembelajaran anak-anak. Bagi reruai daripada UPSI pula, melakukan aktiviti seperti ekspresi emosi melalui lukisan dan tulis emosi, teka emosi, padanan emosi dan terapi pasir untuk memberi pendedahan awal di samping memupuk kesejahteraan mental bagi komuniti berisiko tinggi, yang terdedah dengan pelbagai cabaran hidup.

Kehadiran ibu bapa dan komuniti setempat memberi galakan yang amat bermakna buat peserta PERMATA Remaja, sekaligus membuka mata masyarakat terhadap potensi anak-anak remaja PPR dalam bidang kemahiran.Program ini turut berjaya menarik minat remaja lain untuk turut serta dalam kelas-kelas kemahiran yang ditawarkan oleh PERMATA Remaja. Rata-rata pengunjung yang hadir meluahkan rasa gembira dan seronok dengan penganjuran program ini. Suasana yang meriah dan interaksi mesta antara pelajar,tenaga pengajar dan ibubapa mencerminkan kejayaan objektif utama hari terbuka ini. Pihak PERMATA Remaja berasa gembira dan beruntung kerana peserta PERMATA Remaja memberikan maklumbalas yang sangat positif terhadap program hari terbuka 2025.Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil peluang menyertai program ini.