Kartigan A/L Sivam

Kartigan A/L Sivam
Who would have thought, Kartigan, a 19 year old young man is working on a construction site to survive! This fourth child of five siblings instill great importance to education. He intends to further his studies in Sports Science due to his deep interest in sports. Making Dato' Lee Chong Wei as his idol, Kartigan aspires to be a badminton coach one day. Not fond of wasting time, he has participated in the Genius Remaja photography class since a year ago to gain knowledge and hone his talents. No one should be left behind in education as long as he wants to seek knowledge. The country's sports industry will be more lively with the presence of youths like him. Let's help Kartigan continue his studies in the field he is interested in and at the same time realizes his ambition. Make Kartigan your foster child now!
Siapa sangka, Kartigan, anak muda yang berusia 19 tahun ini sedang bekerja di tapak pembinaan demi meneruskan hidup. Anak keempat daripada lima beradik ini amat menitikberatkan soal pendidikan. Beliau berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap sukan. Menjadikan Dato' Lee Chong Wei sebagai idola, Kartigan bercita-cita ingin menjadi jurulatih badminton suatu hari nanti. Tidak gemar membuang masa, beliau telah menyertai kelas fotografi Genius Remaja sejak setahun yang lalu untuk menimba ilmu dan mengasah bakat yang ada. Tidak ada sesiapa pun yang patut ketinggalan dalam menuntut ilmu pengetahuan selagi mana seseorang itu mampu berbuat demikian. Industri sukan negara akan lebih meriah dengan kehadiran belia seperti Kartigan. Ayuh bantu Kartigan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya sekaligus merealisasikan cita-cita beliau. Jadikan Kartigan anak angkat anda!